Monday, March 31, 2008

Takziah buat 9W2IPR


Warga ham kampongku250 mengucapkan takziah kepada 9W2IPR atas kembalinya kerahmatullah ayahanda kesayangan beliau pada hari ini 31 Mac 2008 bersamaan 23 Rabiul Awal 1429.

Semoga beliau serta keluarga tabah menghadapi saat saat berdukacita ini. Juga semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda beliau.

Al Fatihah.

Sunday, March 16, 2008

AGM dan Mega Eyeball ASTRA

MEGA EYEBALL ASTRA

Tarikh: 28 Mac 2008
Masa: 8 malam hingga 12 tgh malam
Lokasi: Kelab Bandar Laguna Merbuk, Sg. Petani, Kedah

Assalamualaikum wbt,

Kepada Semua Ahli-Ahli ASTRA,

EYEBALL PERDANA

Rakan-Rakan ASTRA dari Sungai Petani dengan Kerjasama AJK Tertinggi akan mengadakan Majlis Ramah Mesra (Eyeball) Perdana di Dewan Kelab Laguna Merbuk pada 28.3.08 @ jam 8.30 malam. Jamuan ringan akan disediakan.

Diharap kepada semua ahli-ahli dapat hadir pada malam tersebut dan juga pada 29.3.08 untuk Majlis Mesyuarat Agung ASTRA ke 11.(ditempat yang sama).

Sekian, Wassalam.

9W2TQ Zullkiffely Darus
Setiausaha Kehormat.

MESYUARAT AGUNG KE 11
Tarikh: 29 Mac 2008
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Kelab Bandar Laguna Merbuk, Sg. Petani, Kedah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Surat makluman mengenainya dari Setiausaha Kehormat:

Assalamualaikum wbt,

Kepada,
Bapak Presiden & AJK 2007/2008.
Ahli Kehormat dan Semua Ahli-Ahli.

PER: NOTIS MESYUARAT AGUNG ASTRA KALI KE 11


Notis Mesyuarat Agung kali ke 11 telah diposkan kepada semua ahli-ahli pada 11hb Mac 2008. Juga saya ingin memaklumkan butir-butir Mesyuarat tersebut:

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 11 (tahun 2008)
Tempat: Kelab Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah.
Masa: 9.30 pagi
Hari: Sabtu
Masa Melapor Diri: Jam 8.00pagi - 9.30 pagi.

Penerimaan Usul-Usul: Hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya sebelum atau pada 22.3.2008.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.astra.org.my

Sekian, dengan harapan ahli-ahli dapat meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat tersebut.

Wassalam