Tuesday, September 16, 2008

Kutipan Derma / Sumbangan Anak Yatim

Sehubungan dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, serta Syawal yang akan menjelang tiba pihak kampongku mengadakan program kutipan / sumbangan derma bagi membantu dan meringankan beban Rumah Kebajikan Anak Yatim.

Sumbangan yang di kumpul akan disalurkan kepada Pertubuhan Anak Anak Yatim Nur Hidayah yang beroperasi di Kampong Cheh, Bukit Gantang. Untuk informasi terdapat seramai 23 orang anak anak yatim Perempuan yang berumor lingkungan 8 tahun hingga 18 tahun menghuni disana.

Sumbangan bolehlah dibuat melalui AJK kampongku yang diamanahkan iaitu :-

9W2JTT – Jalil , 9W2FTT – Hanafi dan 9W2BPT – Abang Bob.

Tarikh akhir kutipan adalah pada atau sebelum 26hb September 2008.

Aturcara dan tarikh serahan akan di beritahu dari masa kesemasa setelah pihak AJK terlibat selesai berbincang dengan rumah kebajikan tersebut.

Diharap rakan rakan amator atau bukan amator dapat memberi sedikit sumbangan kepada anak anak yatim ini. Semoga sumbangan anda semua di berkati Allah s.w.t

Amin…