02 Februari 2009
Keputusan peperiksaan RAE 2008/2 dah ada..
Klik pada link untuk keputusan penuhKlik disini
Tahniah kepada yang berjaya, yang gagal cuba lagi..
Rezeki dalam air. Bukan acara rasmi tapi sekadar aktiviti memenuhkan masa segelintir daripada rakan ham Taiping. Cuti hari minggu yang lepas 3 station sempat berkayuh tangan di Sungai Selinsing bersama tuan punya bot dan tekong menyusuri sungai tersebut ke lubok yang terpaksa dirahsiakan. Hasilnya agak lumayan hingga boleh tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali nikmat tarikan ikan.