Thursday, September 18, 2008

Congratulations, New Born Baby.


Saya mewakili warga Ham Kampongku mengucapkan Tahniah buat 9W2SMY aka Ustad Mazlan Yusof di atas kehadiran ahli baru yang sangat dinanti nantikan. Semoga dengan kelahiran harmonic perempuan itu akan membawa penuh kebahagian kepada anda sekeluarga.

Amin...

Tuesday, September 16, 2008

Kutipan Derma / Sumbangan Anak Yatim

Sehubungan dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, serta Syawal yang akan menjelang tiba pihak kampongku mengadakan program kutipan / sumbangan derma bagi membantu dan meringankan beban Rumah Kebajikan Anak Yatim.

Sumbangan yang di kumpul akan disalurkan kepada Pertubuhan Anak Anak Yatim Nur Hidayah yang beroperasi di Kampong Cheh, Bukit Gantang. Untuk informasi terdapat seramai 23 orang anak anak yatim Perempuan yang berumor lingkungan 8 tahun hingga 18 tahun menghuni disana.

Sumbangan bolehlah dibuat melalui AJK kampongku yang diamanahkan iaitu :-

9W2JTT – Jalil , 9W2FTT – Hanafi dan 9W2BPT – Abang Bob.

Tarikh akhir kutipan adalah pada atau sebelum 26hb September 2008.

Aturcara dan tarikh serahan akan di beritahu dari masa kesemasa setelah pihak AJK terlibat selesai berbincang dengan rumah kebajikan tersebut.

Diharap rakan rakan amator atau bukan amator dapat memberi sedikit sumbangan kepada anak anak yatim ini. Semoga sumbangan anda semua di berkati Allah s.w.t

Amin…

Monday, September 15, 2008

Majlis Berbuka Puasa PARTS 1429H

Suatu majlis berbuka puasa, membaca yasin, solat magrib, isya' dan solat sunat tarawikh akan diadakan pada khamis malam jumaat 25hb. september, 2008 (25hb. Ramadhan 1429H) di rumah wakaf PARTS. Semua rakan-rakan radio amatur serta keluarga dijemput hadir pada hari tersebut. Sila bawa sendiri surah yassin dan sejadah kerana pihak persatuan tidak menyediakannya. Bilik khas untuk para muslimah akan disediakan.


ATURCARA MAJLIS

1. 06.45 PM : Majlis Membaca Yasin
2. 07.11 PM : Jamuan Berbuka Puasa, Solat Magrib dan Jamuan Makan
3. 08.20 PM : Solat Isya', Solat Sunat Tarawikh 8 + 3, tazkirah dan Jamuan Makan

Sila sahkan kedatangan anda melalui e-mail ( admin@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , 9w2shb@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ) atau SMS (9W2SLJ 012-5187580 & 9W2SHB 012-5246799), sila nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan hadir. Semoga kehadiran kita semua dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara ahli-ahli serta keluarga.

Info...http://www.parts.org.my/

Saturday, September 13, 2008

Congratulation and Welcome

Setelah genap 20 hari Result RAE 2008/01 keluar, maka berkumandanglah diudara callsign baru ada yang tergagap-gagap dan ada yang lancar berQSO. walau apapun tahniahlah diucapkan pada rakan-rakan kerana telah berjaya mendapatkan AA dan 9W2, anda adalah insan yang istimewa lain dari yang lain kerana tidak semua insan di Malaysia ini mempunyai nya. Jaga lah tatasusila dan ikutilah AOP yang telah anda gunakan semasa menjadi SWAL tempohari, semoga anda akan kekal lama sebagai HAM yang dihormati dan mempunyai lebih ramai kawan diserata dunia.

Sekalung tahniah juga buat rakan rakan lokalan kampongku, Anda hebat dan terima kasih juga pada rakan dan otai otai Taiping yang tak jemu jemu memberi tunjuk ajar terutama pada tenaga pengajar kelas persediaan RAE tempohari.

Dan inilah hasilnya
  1. AKMAL FAIZ ABU BAKAR - 9W2GTA
  2. AZHAR MOHAMAD - 9W2ATD
  3. JAMIL RAMLI - 9W2VZO
  4. MUHAMMAD HAFIZUL HARON - 9W2LAD
  5. MUHAMMAD MUJAHIDIN SUHAIMI - 9W2OTW
  6. MOHD RUSNIZA YAHYA - 9W2DLG
  7. MOHD ZULKIFLI SAAIDIN - 9W2MZS
  8. ROZI CHE SOH - 9W2RCS
  9. ATAN (AKC) - 9W2
  10. AZNAN HAMAD (NTM) - 9W2
  11. BASIR BAKRI (BSR) - 9W2
  12. HALIL HISAM HUSSIN (LIL) - 9W2
  13. PAKCIK (PKC) - 9W2

Pada yang kurang bernasib baik cuba lagi RAE 2008/02 pasti akan datang...tunggu..........


sebarang pembetulan dan nama2 yang tak tersenarai minta maaf sila email pada webmaster...tq.

IKLAN RAYA PETRONAS 2008




So rakan rakan yang masih ada ayah ibu,plan la dari sekarang, pohon lah cuti, ambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf.

Friday, September 12, 2008

Notis dari rakan-rakan Radio Amatur di Sg. Petani

Salam sejahtera semua....

Dimaklumkan bahawa satu majlis berbuka puasa anjuran rakan sphamradio akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 13 hb September 2008
Hari : Sabtu, bermula dari jam 5.30 ptg.
Tempat : Sek Men Keb Sg Layar, Sg Petani.

Semua rakan dijemput hadir kemajlis tersebut. Kemudahan surau dan parking yang mencukupi akan memudahkan lagi rakan rakan kesana. Sila hubungi rakan sphamradio iaitu 9w2doz, 9w2ika, 9w2fed dan 9w2cre bagi membuat tempahan. Bayaran akan dikenakan bagi setiap peserta yang hadir iatu RM 10/pax bagi dewasa dan RM 5/pax bagi kanak kanak 7 hingga 12 tahun. Percuma bagi anak anak yang berumur dibawah 7 tahun.

Sekian... harap maklum.

Monday, September 1, 2008

Dia Balik Kampong Sebulan Cuti.


SELAMAT BERPUASA DAN TAMBAHKAN AMAL IBADAH DI BULAN RAMADAN YANG MULIA INI.


Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-51.


Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Peratus Kelulusan RAE 2008-1 Meningkat

Seramai 1037 orang (57%) telah lulus RAE 2008-1 dari 1818 orang yang hadir menduduki peperiksaan pada 24 Jun 2008 yang lepas. Peratusan Peperiksaan Radio Amatur pada kali ini didapati meningkat dari sebelumnya iaitu 57% di mana 51% untuk RAE 2007-2 dan 47% untuk RAE 2007-1 . Salinan keputusan terkini boleh didapati di pautan ini. (Pengiraan peratusan tidak termasuk calon yang tidak hadir)

info dipetik dari www.parts.org.my

Friday, August 22, 2008

Berani Mencuba...Capai Impian..Masanya dah tiba.

21 Aug 08- Notification: Morse Code Test 2008-2

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be conducting the second Morse Code Test at SKMM Headquarters in Cyberjaya pursuant to Regulation 26(2) of the Communications and Multimedia (Technical Standards) Regulation 2000.

For further details please click on the following links:

Morse Code Test Notice/ Pemberitahuan Peperiksaan Kod Morse

Application Form/ Borang Permohonan

info ..
www.skmm.gov.my

Eyeball Perdana Khas

Untuk makluman komuniti kampongku, satu eyeball perdana akan diadakan bagi membincangkan aktivi program bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Tarikh : 27 hb. Ogos, 2008. (Rabu malam Khamis)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Selera Malam Kamunting.

Sila pantau 145.250 dari masa kesemasa untuk info lanjut atau sebarang pindaan tempat eyeball.

info dari 9W2BPT.