Program Ramah Mesra sempena lawatan muhibah Desaku ke Kampungku Taiping Bandar Warisan kan di adakan pada:
Tarikh :18,19 dan 20 Januari 2008
Hari :Jumaat,Sabtu dan Ahad
Tempat :Caravan Park,Taiping.
Untuk Temphan Hotel :
Hotel Seri Malaysia
Tel:05-8069502
Kamalodge
Tel:05-8061777
Legend Inn
Tel:05-8060000
Thursday, December 20, 2007
Tuesday, December 11, 2007
Ruangan E-QSO
Assalamualaikum kepada semua pengunjung Blog Kampungku 250. Diharap ruangan E Qso dapat diisi dengan komen dan cadangan yang bernas dan membina. Harap dapat dielakkan sebarang komen yang berbentuk cacian dan kejian. Sebagai orang baru dalam dunia blogging ini, kebolehan saya adalah serba kekurangan. Saya amat mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan pengunjung supaya blog ini dapat dimajukan lagi.
Rakan-rakan lokalan juga diharap dapat memberikan input/bahan untuk dipaparkan dalam blog ini. Sila e-mail kepada webmaster kampungku250@hotmail.com
Sila hayati gurindam ini:
Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat.
Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan.
Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu.
Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji,
Berbicara tidak memfitnah,
Menyanggah tidak menyumpah ... "
QRT 73
Rakan-rakan lokalan juga diharap dapat memberikan input/bahan untuk dipaparkan dalam blog ini. Sila e-mail kepada webmaster kampungku250@hotmail.com
Sila hayati gurindam ini:
Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat.
Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan.
Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu.
Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji,
Berbicara tidak memfitnah,
Menyanggah tidak menyumpah ... "
QRT 73
PENGENALAN KEPADA DUNIA RADIO AMATUR
Radio Amatur (HAM) merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi sama ada dari rumah (base), dalam kenderaan (mobile) ataupun di luar (portable). Hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio. Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya.
Komunikasi radio tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.
Di dalam keadaan darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dlln memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan meliputi kawasan yang agak terhad. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.
Sunday, December 2, 2007
Saturday, December 1, 2007
BLOGSPOT KAMPUNGKU 250
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang melawati blog ini. Semoga laman ini dapat dijadikan arena untuk kita sama-sama mengembangkan ilmu Radio Amatur khasnya di kalangan pengguna di simplex 145.250 Mhz dan rakan-rakan radio amatur di seluruh negara.
Kami mengalukan kunjungan rakan-rakan ke laman kami ini dan berharap tali silaturahim antara kita dapat dipereratkan lagi.
QRT 73
Kami mengalukan kunjungan rakan-rakan ke laman kami ini dan berharap tali silaturahim antara kita dapat dipereratkan lagi.
QRT 73
Subscribe to:
Posts (Atom)