Tuesday, December 11, 2007

Ruangan E-QSO

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Blog Kampungku 250. Diharap ruangan E Qso dapat diisi dengan komen dan cadangan yang bernas dan membina. Harap dapat dielakkan sebarang komen yang berbentuk cacian dan kejian. Sebagai orang baru dalam dunia blogging ini, kebolehan saya adalah serba kekurangan. Saya amat mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan pengunjung supaya blog ini dapat dimajukan lagi.

Rakan-rakan lokalan juga diharap dapat memberikan input/bahan untuk dipaparkan dalam blog ini. Sila e-mail kepada webmaster kampungku250@hotmail.com

Sila hayati gurindam ini:

Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat.
Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan.
Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu.
Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji,
Berbicara tidak memfitnah,
Menyanggah tidak menyumpah ... "


QRT 73