

“Selamat Hari Raya Korban/ Aidiladha kepada semua rakan-rakan Ham kampongku, rakan-rakan forum, rakan-rakan bloger, rakan-rakan forum terutamanya di forum mycalsign dan sekalian yang beragama islam. Namun, seperti biasa dalam keghairahan balik bercuti di harap semuanya berhati-hati di jalan raya, jangan sampai kita pula yang terkorban. Maaf Zahir Batin untuk semua terutamanya yang mengenali saya dan juga yang mengenali secara maya (Internet)”
10OCT08 – Notice: Radio Amateur Examinations (RAE 2008-2)
10 October 2008
Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.
Sehubungan dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, serta Syawal yang akan menjelang tiba pihak kampongku mengadakan program kutipan / sumbangan derma bagi membantu dan meringankan beban Rumah Kebajikan Anak Yatim.
Sumbangan yang di kumpul akan disalurkan kepada Pertubuhan Anak Anak Yatim Nur Hidayah yang beroperasi di Kampong Cheh, Bukit Gantang. Untuk informasi terdapat seramai 23 orang anak anak yatim Perempuan yang berumor lingkungan 8 tahun hingga 18 tahun menghuni disana.
Sumbangan bolehlah dibuat melalui AJK kampongku yang diamanahkan iaitu :-
9W2JTT – Jalil , 9W2FTT – Hanafi dan 9W2BPT – Abang Bob.
Tarikh akhir kutipan adalah pada atau sebelum 26hb September 2008.
Aturcara dan tarikh serahan akan di beritahu dari masa kesemasa setelah pihak AJK terlibat selesai berbincang dengan rumah kebajikan tersebut.
Diharap rakan rakan amator atau bukan amator dapat memberi sedikit sumbangan kepada anak anak yatim ini. Semoga sumbangan anda semua di berkati Allah s.w.t
Amin…
Suatu majlis berbuka puasa, membaca yasin, solat magrib, isya' dan solat sunat tarawikh akan diadakan pada khamis malam jumaat 25hb. september, 2008 (25hb. Ramadhan 1429H) di rumah wakaf PARTS. Semua rakan-rakan radio amatur serta keluarga dijemput hadir pada hari tersebut. Sila bawa sendiri surah yassin dan sejadah kerana pihak persatuan tidak menyediakannya. Bilik khas untuk para muslimah akan disediakan.
ATURCARA MAJLIS
1. | 06.45 PM | : Majlis Membaca Yasin |
2. | 07.11 PM | : Jamuan Berbuka Puasa, Solat Magrib dan Jamuan Makan |
3. | 08.20 PM | : Solat Isya', Solat Sunat Tarawikh 8 + 3, tazkirah dan Jamuan Makan |
Sila sahkan kedatangan anda melalui e-mail ( admin@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , 9w2shb@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ) atau SMS (9W2SLJ 012-5187580 & 9W2SHB 012-5246799), sila nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan hadir. Semoga kehadiran kita semua dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara ahli-ahli serta keluarga.
Info...http://www.parts.org.my/
Seramai 1037 orang (57%) telah lulus RAE 2008-1 dari 1818 orang yang hadir menduduki peperiksaan pada 24 Jun 2008 yang lepas. Peratusan Peperiksaan Radio Amatur pada kali ini didapati meningkat dari sebelumnya iaitu 57% di mana 51% untuk RAE 2007-2 dan 47% untuk RAE 2007-1 . Salinan keputusan terkini boleh didapati di pautan ini. (Pengiraan peratusan tidak termasuk calon yang tidak hadir)
info dipetik dari www.parts.org.my
21 Aug 08- Notification: Morse Code Test 2008-2