Wednesday, September 24, 2008

Sekadar Renungan.

Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”



WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.

Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.

Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).

Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.