Tuesday, May 20, 2008

Mega Eyeball KampongKu for April 2008

Tarikh : Ala terlupa pulak dah...
Tempat : Food Court Gulai Sembilang, Asam Kumbang.

Malam itu 34 ham kampongku members hadir. Terima kasih kerana menceriakan lagi KampongKu Taiping Bandar Warisan.



Agenda malam itu antaranya membincangkan perlembagaan pertubuhan ... yang bakal ditubuhkan dan juga membincangkan cadangan untuk mengadakan local repeater.

Mesyuarat malam itu di pengerusikan oleh 9W2ZAC (Abg Zain)

dan 9W2BPT (Abg Bob) sebagai setiausaha dan yg memainkan peranan utama malam itu. Mana gambar close up Abg Bob ni... Apa ni Abg Xray closep up orang lain ni...
Bila pula Abg Foxtrot tu tukar baju... dah kala lain pulak.

Last sekali semua makan makan dan sembang sembang.
Majlis tamat jam 11.45 malam.
Jumpa lagi di Eyeball May yg jangkanya akan diadakan pada 23 May akan datang bertempat di Changkat Jering (Lokasi sebenar belum tahu kena tanya Tok Penghulu)

Gambar oleh 9W2XPT.
Di edit oleh 9W2GBR : "Alahai letih..letih..."