Saturday, January 31, 2009

Konvoi Kunjungan Muhibah Utara ke Pantai Timur

Bertarikh pada 24-26 Jan 2009 yang lepas sebanyak 10 biji jelopy dari utara telah bergerak ke Pantai Timur atas tujuan kunjungan dan kenal mengenali rakan Ham Pantai Timur, di samping mengeratkan silaturahim yang dulu nya hanya bersua diudara kini bersua didataran pula.

Konvoi diketuai oleh pengurus projek 9W2HLM dan rakan rakan lain terdiri dari 9W2DMG, 9W2PH, 9W2ANS, 9W2ADN, 9W2IKA, 9W2MSD, 9W2OCC, 9W2JTJ dan 9W2VZOtelah sisambut mesra oleh rakan rakan dari pantai timur.

Ucapan ribuan terima kasih buat rakan rakan Pantai Timur yang meluangkan masa dan menyambut kedatangan kami dengan penuh meriah dan teratur.











Terima Kasih Daun Keladi,
73 Jumpa Lagi...................

Monday, January 12, 2009

Jom Kayuh

Ada basikal jom kayuh..yang dah lama simpan atau sandar kat dinding, pokok atau simpan kat stor, jom bawa keluar tak kira mahal ke murah anda semua dialu-alukan untuk mengamalkan aktiviti sihat. tak boleh kayuh pagi jom kayuh petang. Rakan rakan, Taiping adalah lokasi yang paling cantik untuk beriadah sambil keluarkan peluh.

Setelah sessi meracun yang dimulakan oleh budak jahat ini dan beliau terus dilantik sebagai Pengkerusi Jom Kayuh Ham Taiping, 9W2ROT tak toleh belakang lagi, apatah lagi beliau baru je berjaya menghabiskan Kayuhan Warisan Taiping sejauh 70km yang dianjurkan oleh Kelab MTB Taiping baru baru ini. Teruja dengan kenikmatan tersebut beliau terus meracuni telinga rakan rakan Ham taiping untuk turut serta berkayuh.

Sessi meracun diteruskan dengan budak nakal yang tengah tu, dengan pengalaman berkecimpung diarena berkayuh selama 3 tahun, dua budak yang dulunya asyik sibuk menoreh getah setyiap pagi teracun dan hasilnya sekarang ni tiap tiap pagi akan berkayuh sekurang kurangnya 15 km sebelum kembali ke ladang getah.

Layan gambar gambar yang diambil sepanjang seminggu program kayuhan ini bermula dengan harapan agar ramai lagi akan teracun itu lah impian tuan Pengkerusi kita.

DMG, ROT dan ATD warm up sebelum kayuh bermula.

Mungkin 3 bulan akan datang ada yang tak kenal DMG bila berjumpa, dah kurus.

ATD..dengan baju sponsor dari VZO. Sapa sapa yang turut serta akan mendapat baju tu dengan percuma. Cepat selagi stok ada.

Tak luparibuan terima kasih juga diucapkan pada rakan rakan semua yang sudi datang membari sokongan pada petang Ahad yang lepas. Muga aktiviti sihat ini akan berterusan dan makin ramai yang akan turut serta.

Friday, January 2, 2009

Jemputan Kenduri

QST : Komuniti Radio Amatur Kampongku Bandar Warisan
9W2VZO - Abang Vic menjemput semua rakan "local land" seisi keluarga untuk hadir ke majlis Walimatul Urus Adinda beliau seperti keketapan berikut;

Tarikh : Sabtu, 03 Januari 2009

QTH : Dewan Changkat Jering, 34850 Changkat Jering, Taiping.

QTR : Jam 1200 - Jam 1530

Datanglah beramai-ramai seisi keluarga untuk meriahkan lagi majlis.

JOM JORAN - Toman Tahun Baru

Cuti Tahun Baru 1/1/2009, tanpa dirancang dan tak disangka sangka pada mulanya cuma 3 ke 4 station sahaja yang bercadang untuk menghabiskan masa dengan aktiviti memburu toman akhirnya mendapat sambutan yang mengalakkan dari rakan rakan ham taiping dengan kehadiran 10 station pemancing dan terima kasih juga pada 9M2AZZ serta 9W2DMG yang secara kebetulan berada disekitar lokasi singah memeriahkan suasana.

Tahniah buat 9W2MZS kerana berjaya menaikkan Toman seberat +/_ 2.5kg dan yang pastinya akan ada rakan rakan yang RADANG dan kemeriahan ini pasti akan berulang. Tunggu edisi seterusnya dan diharap makin ramai yang dapat turun bersama sambil kita membuat pertandingan tertutup antara ham Taiping.

Sebahagian daripada rakan yang hadir tengah sabar menunggu joran masing masing.

Tuan Penasihat, Tuan Cekup dan Tuan Tarik, bergambar selepas 10minit aksi yang mendebarkan takut putus kali kedua.

Muka puas Zul dengan Abu yang dalam hati berkata " Ni aku radang ni, tak leh jadi ni esok aku mai sorang sorang ni "

" Glamour gak aku ni, semua orang nak bergambar ngan aku ni " kata Toman tu yang bernasib baik merasa jalan jalan naik kereta Proton Wira.

Kekenyangan selepas menjamu selera sorang sekeping roti canai yang ditaja oleh TIJ. Selepas semua pemancing frust tak dapat meneruskan pancingan disebabkan hujan turun dengan lebatnya. Tapi terdengar bisik bisik ada yang nak turun pagi ni.

Apapun terima kasih semua, moga kita dapat berkumpul lagi untuk serangan kali kedua.