Cuti Tahun Baru 1/1/2009, tanpa dirancang dan tak disangka sangka pada mulanya cuma 3 ke 4 station sahaja yang bercadang untuk menghabiskan masa dengan aktiviti memburu toman akhirnya mendapat sambutan yang mengalakkan dari rakan rakan ham taiping dengan kehadiran 10 station pemancing dan terima kasih juga pada 9M2AZZ serta 9W2DMG yang secara kebetulan berada disekitar lokasi singah memeriahkan suasana.
Tahniah buat 9W2MZS kerana berjaya menaikkan Toman seberat +/_ 2.5kg dan yang pastinya akan ada rakan rakan yang RADANG dan kemeriahan ini pasti akan berulang. Tunggu edisi seterusnya dan diharap makin ramai yang dapat turun bersama sambil kita membuat pertandingan tertutup antara ham Taiping.





Apapun terima kasih semua, moga kita dapat berkumpul lagi untuk serangan kali kedua.