Tuesday, February 10, 2009

Le Tua De Taiping..

Kayuhan Mesra Taman Tasik Taiping - Bukit Merah Lake Town - Taman Tasik Taiping, peh... tahniah untuk 9W2VZO, kerana dapat menyediakan trek yang memang mencabar bagi kami yang dikategorikan sebagai amatur sahaja...66KM, satu jarak yang boleh dikatakan tidak membebankan... tatapi, drama dari awal hingga tamat yang menyebabkan trek ini agak mencabar...
Kayuhan Mesra Taman Tasik Taiping - Bukit Merah Lake Town - Taman Tasik Taiping ini di sertai oleh geng Radio Amatur Ipoh dan geng Radio Amatur Taiping...antaranya 9W2DFA,9W2SBD,9W2NDB,9W2RKM,9W2DMG,9W2VZO,9W2OCC,9W2YIN dan ramai lagi... termasuk dari stesen swasta..

Briefing route sebelum memulakan kayuhan

Stage 1.
Tayar Bergolek pada pukul 8.30 pagi dari tasik Taiping KM 0.. mengelilingi pekan Taiping, masuk kampung tak tahu nama ... dan yang paling mencabar pada kayuhan di KM 30 ..

Check Point 1 - Kpg Sg Protan

Melalui Pekan Gunung Semanggol

Stage 2.
mendaki Bukit Merah dengan darjah kecuraman 65 ... setinggi beratus meter dari aras laut... ( VZO memang nak kenakan kami)... setelah disiasat... hanya seorang sahaja yang dapat menawan Bukit Merah... (iaitu 9W2VZO).. yang lain hanya kelentong je.. keluar menuruni dari Bukit Merah dengan kelajuan maksima 80 Km/j... tahniah buat 9W2OCC kerana berjaya menunjukkan aksi berani semasa menuruni bukit Merah..

Panjat Bukit Merah Lake Town

Check Point 2 - Puncak Bukit Merah Lake Town

DFA tak lepas peluang bukti dia sampai sini.

Stage ke 3, Menawan estet kelapa sawit... , hampir 45 minit menunggu Ins Kamarul yang sesat dalam estet... nasib baik dijumpai selamat...

9W2OCC ngan MTB pinjam pun leh habis 66km syabas

stage ke 4.
keluar jalan besar Kemunting menghala ka Taman Tasik... cuaca panas terik.. ramai yang mula tak tahan...panas..panas.. panas... kekejangan otot.. (terima kasih kepada tok Megat kerana menyediakan perkhidmatan towing dan krim halia)..

gaya DMG, setelah berjaya menghabiskan 66KM walaupun nombor corot je..

Menjamu selera sebelum pulang ke Base masing masing di Selera Malam.

Credit untuk 9W2ABV (Abu) kerana meluangkan masa menjadi backup car takut2 ada yang pancit.