Tuesday, February 24, 2009

V20 - Historical Team - Version2

Pada Hari Sabtu lepas 21 Feb 2009, V20 Historical Team 2nd tour berjaya menawan Puncak Bukit Speedy 294 meter ( Stesen Trigonometri ) sambil menikmati hutan hujan tropika serta melihat kazanah alam yang indah ..... sambil2 belajar nak jadi ahli "rootrological/akartroligi"

9W2XPT turut berada dilokasi permulaan dibase 9W2JBT makan2 sebelum mula XPDC

Pekena Bihun dulu bagi penuh tangki kang tak larat nak panjat kata 9W2JTJ

Peringkat permulaan pendakian, nampak dua rakan tu dah pancit awal...Pak Ramizan nampak stedy je..

Sambil ambil angin...tangkap gambar Ulat Gongok yang panjangnya lebih kurang 10 inci.

Puncak yang perlu didaki pemandangan dari CP1.

Khusyuk mendengar teknik mengunakan kompas yang di ajar oleh 9W2JBT

Apa lagi dah habis kelas test la...jangan sesat dah la Zul (9W2MZS)

CP2 berehat sambil pekena Nasi lemak dan juadah lain yang dibawa.

JTJ : Boleh khemah kat sini tak?
MZS : Hang berani ka...
RMX : Orang kata Maybank ada kat sini.
OHM : Mana mana...aku nak transfer duit kat XYK aku ni...

JTJ, RMX, MZS, LAD, JBT DAN OHM

Tok Janggut JTJ panjat pokok cari jering

Yang ni tak tahu cam mana boleh tersesat gambar yang dikirim oleh 9W2OHM.

Walauapapun tahniah, satu aktiviti yang menyihatkan dan kemungkinan pada aktiviti akan datang Version 3 akan pergi lebih jauh dan mungkin akan bermalam, tidur didalam khemah seperti yang diminta oleh Tok Janggut... Tunggu...

Info dan gambar ehsan dari 9W2OHM.