Tujuan ekspedisi ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan radio amatur di seluruh Malaysia. Konvoi ini akan diiringi oleh rakan setugas daripada PDRM
Pergerakan konvoi adalah seperti berikut:
6.6.2009
Bergerak dari Plaza Tol Bandar Baru menuju ke Kuala Lumpur.
Bergabung dengan Rakan Radio Amatur Pantai Timur. (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Tiba di Bangunan Koperasi Radio Amatur (K-Ramat), Bandar Bukit Puchong. (eyeball)
Konvoi bergerak ke Seremban melalui Jalan Persekutuan menuju ke Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.(eyeball)
Meneruskan perjalanan ke Melaka dan menginap di Melaka. Majlis makan malam bersama rakan radio amatur Melaka. (eyeball)
7.6.2009
Bergerak Segamat, Johor (eyeball)
Bergerak ke Batu Pahat, Johor. Makan Tengahari. (eyeball)
Menuju ke Muar, Johor melalui Jalan Persekutuan.
Pulang semula ke tempat penginapan, Melaka.
8.6.2009
Bergerak pulang ke Utara.
p/s : Adalah menjadi satu kesalahan kepada marshall yang menahan kenderaan di lampu isyarat atau disimpang2 jalan,kerana kuasa ini hanya ada pada polis dan tidak diturunkan kepada sesiapa atau awam, kecuali polis aja dan permit dari polis..kalau korang terjumpa benda2 ni, boleh ambil nombor plet, dan laporkan ke polis trafik bukit aman.so kalau ada marshall yang konon nak tunjuk terror dan tahan kat lampu merah kerana memberi laluan kepada group, sekiranya dilanggar, maka anda akan mati serupa katak....so beringatlah dan patuhi peraturan jalan raya..kita berkonvoi untuk bergembira bukan nak menunjuk . Berbaloi ker kerana tak boleh tunggu 2 minit atau selebihnya....