Monday, February 18, 2008

Selamat Pengantin Baru kepada 9W2OHM


Bergambar kenangan dengan sebahagian rakan HAM Taiping di lapang letak kereta berhampiran Taman Tasek Taiping sebelum ber"convoy" ke Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Hari itu pasangan Pak OHM di arak dengan convoy jarak dekat mengelilingi Taman Tasek dan terus ke Dewan MPT.

Antara rakan radio amatur yang hadir ke majlis berkenaan di dewam MPT sedang menjamu selera.

Ramai juga rakan-rakan radio yang hadir. Apa pun tahniah untuk Pak OHM. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. SELAMAT DATANG

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Demikianlah pula luahan kata dari Pak Ohm. Itulah ceritanya...

Gambar-gambar oleh 9W2XPT (Abang Azizan). Terima kasih abang Xray.

Thursday, February 14, 2008

Pilihanraya Umum ke 12.

Parlimen telah dibubarkan dan tarikh pilihanraya juga telah ditetapkan pada 8 Mac 2008. Selamat mengundi. Jalankan tanggungjawab kita sebagai warganegara.

Untuk semak daftar pemilih sila klik di bawah.

http://daftarj.spr.gov.my/

73 Clear.

Wednesday, February 13, 2008

Gambar-gambar sekitar Eyeball meraikan rakan-rakan yg lulus RAE ke 2 2007.


9W2JTT, 9W2SMR, Swal OHM dan 9W2JTJ adalah antara yg hadir malam tu. Malam itu Swal OHM membuat jemputan terbuka kepada yg hadir malam tu untuk ke majlis walimatul urus beliau. Hari ini pula (13 Feb.,08) beliau sah memegang 9W2OHM. Tahniah sekali lagi.

Antara hidangan yg disediakan malam tu nasi goreng, mee goreng dan meehoon goreng. Semua goreng-gorengan. Handy tu pun boleh digunakan untuk menggoreng ketika QSO. Mana ada dah. Tuan dia dah ambik bawa balik.

Tengok semuanya nampak ceria. Maklumlah dapat nyam nyam.

Tengok tu Swal HZH termenung jer. Kenapa? Oo.. pinggan dah kosong. Tambah. Jangan tak tambah. Tapi sekali lagi... mana ada dah.

Swal LEC atau Bob kecik di samping Swal IWT abang Masha. Tu tambah banyak tu nak bagi besar lagi la tu. Seorang MERAH seorang lagi HIJAU. Tak apa, cuba lagi. Abg Joe kita tu pun buat dua kali cubaan.

9M2AGC (Abang Lan). Orang kuat yg akan menyokong penuh permohonan AA rakan-rakan yg lulus RAE. Yg sebelah tu Swal FPT (abg Fadhil) harap nanti dapatlah callsign 9W2FPT.

Ni biasalah... tak perlu dikenalkan lagi. Tapi pasal apa nampak macam memandang sesuatu jer. Takkan possing kat kamera kut.

Pak Azhar (9M2AZZ) diapait oleh Pak Zali (9w2ZKJ) dan Pak Ramizan (Swal RMX) seorang lagi orang kuat yg akan menyokong permohonan AA rakan-rakan baru yg lulus RAE.

9W2OPT (abg Oscar) dan 9W2GBR (abg Golf) antara yg hujung-hujung sampai pada malam eyeball tersebut. Ingat lagi ke apa lawak abg Oscar malam tu. "QSL QSL ...aku terima ... over.." Mana ada dah. Semua tinggal kenangan. Malam eyeball sudah berlalu....

Malang sungguh... cabut undi dua kali. Dua undi sekali cabut. TAPI tak ada luck. Apa boleh buat. Dapat pada yg bertuahlah. Tapi yg dapat tu tak hadir eyeball malam tu. Itulah kelebihan kutu kita orang. Sentiasa menghidupkan peluang rakan-rakan.

Ahkir sekali, tahniah kepada rakan-rakan yg lulus tapi masalahnya tarikh eyeball hari tu tak ingat pulak. Kepada rakan-rakan yang masih ingat tarikh eyeball tu harap dapat di "info"kan kepada saya melalui ruang E-QSO...

Gambar-gambar sumbangan 9W2XPT (Abang Xray atau Abang Azizan). Terima kasih very very much. Itu sebab gambar beliau tiada. Tapi boleh dilihat ditepi kanan.

73...

Thursday, January 31, 2008

Result RAE sudah di keluarkan.

Tahniah kepada yang lulus. Sekarang tunggu tukang pos hantar posto ke base masing-masing. Sambil-sambil tu bolehlah fikir-fikir apa callsign yg nak diguna pakai. Kepada yang gagal, jangan berputus asa. Cuba lagi. Alahai terasa sedih juga bila teringat rakan-rakan yang mendapat keputusan yg tidak diharap-harapkan tu. Tapi apakan daya. Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Kalau kita terasa sedih. Sedih lagi kawan-kawan kita. Tapi ada juga yang rasa takdapapa. Biasa saje. Lumrah dalam berHAM la katakan. Setiap kali RAE pasti ada yg PASS dan ada yg FAIL. Biasalah.

Untuk semak keputusan. Klik di bawah

http://www.mcmc.gov.my/Admin/WhatIsNew/61155338RAE2007_2.pdf

Okeylah. Selamat berHAM dan cuba dan cuba lagi.

Friday, January 25, 2008

Gambar sekitar lawatan Radio Muzik ke Kampongku


9W2JTJ Abg Jamil bersama tetamu.

Agaknya salam kontek perdana kut...

9W2ZOT abg Zul dan 9W2ZAC abg Zain

Apa jugalah lawak abg 9w2JTJ tu..

9M2AZZ abg Azhar sdg acting

Pengambaran oleh Radio Muzik

Nyam nyam kata Abg Azhar kita.

9W2ZOT monitor sahaja nampaknya.

Tengah sedap nyam nyam

Abang... okey ke bang.

Gambar oleh Swal LEC dan MEL.

Wednesday, January 16, 2008

Hari ini di kampong ku


Ada dua peristiwa berlaku di kampungku hari ini.

Pertama kehadiran rakan-rakan Radio Muzik ke Kamunting. Ramai rakan ham di kampungku yang datang menyambut tetamu kita itu. Terima kasih kepada meraka semua. Masing-masing khabarnya telah menerima cenderamata dari rakan Radio Muzik. Terima kasih kepada team radio muzik kerana menceriakan kampongku Taiping Bandar Warisan.

Kedua ialah pertemuan atau perbincangan rakan-rakan ham untuk persiapan aktiviti pada 18.19 dan 20 Januari nanti. Selamat bermesyuarat. Semoga apa yang dirancang beroleh kejayaan demi menceriakan lagi kampungku.

Juga tahniah kepada ZPT kerana mendapat seorang lagi cahaya mata. Seorang harmonic perempuan.

Thursday, December 20, 2007

BERITA TERKINI

Program Ramah Mesra sempena lawatan muhibah Desaku ke Kampungku Taiping Bandar Warisan kan di adakan pada:

Tarikh :18,19 dan 20 Januari 2008
Hari :Jumaat,Sabtu dan Ahad
Tempat :Caravan Park,Taiping.

Untuk Temphan Hotel :

Hotel Seri Malaysia
Tel:05-8069502

Kamalodge
Tel:05-8061777

Legend Inn
Tel:05-8060000

Tuesday, December 11, 2007

Ruangan E-QSO

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Blog Kampungku 250. Diharap ruangan E Qso dapat diisi dengan komen dan cadangan yang bernas dan membina. Harap dapat dielakkan sebarang komen yang berbentuk cacian dan kejian. Sebagai orang baru dalam dunia blogging ini, kebolehan saya adalah serba kekurangan. Saya amat mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan pengunjung supaya blog ini dapat dimajukan lagi.

Rakan-rakan lokalan juga diharap dapat memberikan input/bahan untuk dipaparkan dalam blog ini. Sila e-mail kepada webmaster kampungku250@hotmail.com

Sila hayati gurindam ini:

Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat.
Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan.
Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu.
Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji,
Berbicara tidak memfitnah,
Menyanggah tidak menyumpah ... "


QRT 73

Rakan-rakan Ham

PENGENALAN KEPADA DUNIA RADIO AMATUR

Radio Amatur (HAM) merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi sama ada dari rumah (base), dalam kenderaan (mobile) ataupun di luar (portable). Hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio. Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya.

Komunikasi radio tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.


Di dalam keadaan darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dlln memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan meliputi kawasan yang agak terhad. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.

Sunday, December 2, 2007