Tuesday, February 24, 2009

V20 - Historical Team - Version2

Pada Hari Sabtu lepas 21 Feb 2009, V20 Historical Team 2nd tour berjaya menawan Puncak Bukit Speedy 294 meter ( Stesen Trigonometri ) sambil menikmati hutan hujan tropika serta melihat kazanah alam yang indah ..... sambil2 belajar nak jadi ahli "rootrological/akartroligi"

9W2XPT turut berada dilokasi permulaan dibase 9W2JBT makan2 sebelum mula XPDC

Pekena Bihun dulu bagi penuh tangki kang tak larat nak panjat kata 9W2JTJ

Peringkat permulaan pendakian, nampak dua rakan tu dah pancit awal...Pak Ramizan nampak stedy je..

Sambil ambil angin...tangkap gambar Ulat Gongok yang panjangnya lebih kurang 10 inci.

Puncak yang perlu didaki pemandangan dari CP1.

Khusyuk mendengar teknik mengunakan kompas yang di ajar oleh 9W2JBT

Apa lagi dah habis kelas test la...jangan sesat dah la Zul (9W2MZS)

CP2 berehat sambil pekena Nasi lemak dan juadah lain yang dibawa.

JTJ : Boleh khemah kat sini tak?
MZS : Hang berani ka...
RMX : Orang kata Maybank ada kat sini.
OHM : Mana mana...aku nak transfer duit kat XYK aku ni...

JTJ, RMX, MZS, LAD, JBT DAN OHM

Tok Janggut JTJ panjat pokok cari jering

Yang ni tak tahu cam mana boleh tersesat gambar yang dikirim oleh 9W2OHM.

Walauapapun tahniah, satu aktiviti yang menyihatkan dan kemungkinan pada aktiviti akan datang Version 3 akan pergi lebih jauh dan mungkin akan bermalam, tidur didalam khemah seperti yang diminta oleh Tok Janggut... Tunggu...

Info dan gambar ehsan dari 9W2OHM.

Tuesday, February 10, 2009

KAYUHAN BERBASIKAL SEMPENA ULANGTAHUN PARTS YANG KE 2 (SILIBIN-TANAH HITAM(CHEMOR)-SILIBIN)

Info dipetik dari Blog 9w2DFA...calling Taiping Cycle Ham kalau berminat boleh lapor terus kepada DFA atau hubungi saya...VZO.

Terbuka kepada semua rakan HAM khususnya.Cabutan bertuah disediakan. Kepada yang berminat sila hubungi 9W2DFA (Najdi).
Tarikh kayuhan: 21/2/2009.
Tayar bergolek jam 7.30 pagi di Wakaf PARTS. Antara yang telah sahkan penyertaan:
1 Najdi (9w2DFA)
2 Sallehan b Din (9w2SBD)
3 Hafiz (9w2PIZ)
4 Faizul (9w2DTL)
5 Azhar B Mahamod(9w2LPP)
6 Cikgu Rahim (9w2YIN)
7 Abdul Rahman b Abdul Rahim
8 Khairul B Abu Kassim (9w2LKE)
9 Roslee (9w2TGA)
10 Che Za (9w2CZB)
11 Datuk Megat (9w2DMG)
12 Jamil (9w2VZO)
13 Pak Nasir (9m2NNL)
14 Rakimi (9w2RKM)
15 Nizam (9w2NDB)

Le Tua De Taiping..

Kayuhan Mesra Taman Tasik Taiping - Bukit Merah Lake Town - Taman Tasik Taiping, peh... tahniah untuk 9W2VZO, kerana dapat menyediakan trek yang memang mencabar bagi kami yang dikategorikan sebagai amatur sahaja...66KM, satu jarak yang boleh dikatakan tidak membebankan... tatapi, drama dari awal hingga tamat yang menyebabkan trek ini agak mencabar...
Kayuhan Mesra Taman Tasik Taiping - Bukit Merah Lake Town - Taman Tasik Taiping ini di sertai oleh geng Radio Amatur Ipoh dan geng Radio Amatur Taiping...antaranya 9W2DFA,9W2SBD,9W2NDB,9W2RKM,9W2DMG,9W2VZO,9W2OCC,9W2YIN dan ramai lagi... termasuk dari stesen swasta..

Briefing route sebelum memulakan kayuhan

Stage 1.
Tayar Bergolek pada pukul 8.30 pagi dari tasik Taiping KM 0.. mengelilingi pekan Taiping, masuk kampung tak tahu nama ... dan yang paling mencabar pada kayuhan di KM 30 ..

Check Point 1 - Kpg Sg Protan

Melalui Pekan Gunung Semanggol

Stage 2.
mendaki Bukit Merah dengan darjah kecuraman 65 ... setinggi beratus meter dari aras laut... ( VZO memang nak kenakan kami)... setelah disiasat... hanya seorang sahaja yang dapat menawan Bukit Merah... (iaitu 9W2VZO).. yang lain hanya kelentong je.. keluar menuruni dari Bukit Merah dengan kelajuan maksima 80 Km/j... tahniah buat 9W2OCC kerana berjaya menunjukkan aksi berani semasa menuruni bukit Merah..

Panjat Bukit Merah Lake Town

Check Point 2 - Puncak Bukit Merah Lake Town

DFA tak lepas peluang bukti dia sampai sini.

Stage ke 3, Menawan estet kelapa sawit... , hampir 45 minit menunggu Ins Kamarul yang sesat dalam estet... nasib baik dijumpai selamat...

9W2OCC ngan MTB pinjam pun leh habis 66km syabas

stage ke 4.
keluar jalan besar Kemunting menghala ka Taman Tasik... cuaca panas terik.. ramai yang mula tak tahan...panas..panas.. panas... kekejangan otot.. (terima kasih kepada tok Megat kerana menyediakan perkhidmatan towing dan krim halia)..

gaya DMG, setelah berjaya menghabiskan 66KM walaupun nombor corot je..

Menjamu selera sebelum pulang ke Base masing masing di Selera Malam.

Credit untuk 9W2ABV (Abu) kerana meluangkan masa menjadi backup car takut2 ada yang pancit.

Satu Lagi XTVY Untuk dibuat Pilihan

"v20 historical team"

















didepan 9w2lad cikgu hafizul senyum nampak.....

















kiri 9w2rmx, 9w2jbt, 9w2mzs dan 9w2ohm Cemeraman 9w2lad

"v20 historical team" sedang melaksanakan "archeology fofensik investigation" dikawasan stesen keretapi bukit gantang dan stesen keretapi bukit berapit dalam misi mencari barang2 antik untuk koleksi peribadi. cari baru ada trilllllllllll beli tak syokkkkkkk......kata jebat, 9w2 JBT, disamping melihat keindahan alam semulajadi...... kata Pak Ohm, 9w2ohm

Apa barang yang dibawa balik kena tanya siapa yang pergi. Dan di Infokan juga kunjungan buat kali ke dua akan dibuat dalam tempoh 3 mingu lagi kerana menantikan 9W2DLG selaku Jurupandu yang lebih arif dengan lokasi.

Info dan gambar dari 9W2LAD dan 9W2OHM.



Friday, February 6, 2009

DLG masuk Wad TMC.

Untuk makluman dan dapat dipanjangkan pada rakan2 Taiping. 9W2DLG (Pak Kecik) telah dimasukkan ke Wad I2 Taiping Medical Center dan kemungkinan akan di bedah hari ini atau esok bagi membuang Batu Karang. Pada rakan2 yang berkelapangan bolehlah singah menjenguk beliau untuk memberi semangat dan doa agar beliau cepat sembuh.

Amin.


Monday, February 2, 2009

Keputusan Rae 2008/2

02 Februari 2009

Keputusan peperiksaan RAE 2008/2 dah ada..

Klik pada link untuk keputusan penuh

Klik disini

Tahniah kepada yang berjaya, yang gagal cuba lagi..

Jom Joran - Semilang Di Tapak Tangan

Align CenterRezeki dalam air. Bukan acara rasmi tapi sekadar aktiviti memenuhkan masa segelintir daripada rakan ham Taiping. Cuti hari minggu yang lepas 3 station sempat berkayuh tangan di Sungai Selinsing bersama tuan punya bot dan tekong menyusuri sungai tersebut ke lubok yang terpaksa dirahsiakan. Hasilnya agak lumayan hingga boleh tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali nikmat tarikan ikan.






Panggu sorang sorang semilang jer lebih kurang 10 ekor sorang.

Ibu Gelama atau Tirus hampir 2 kilo pembuka tirai.

Yang pasti lubok ini akan dikunjungi lagi apabila ada waktu terluang.