Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat Agung Astra Kali Ke-14 2011



Mohon dipanjang-panjangkan kepada semua blogspot rakan2 Astra.
Terima Kasih.
de 9w2bpt

Sunday, June 20, 2010

Senarai Frekuansi Baru Reperter ASTRA 2010


Klik untuk gambar yg lebih jelas.


Carioo..73

Friday, May 28, 2010

Salam Takziah....

Rakan-Rakan Taiping Kampongku dengan ini merakamkan ucapan TAKZIAH kepada 9w2TWL (sdr Faris Teknik) atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda mertuanya pada pagi Jumaat tadi.Moga-moga rohnya dicucuri rahmat.
AL-Fatihah....

Wednesday, May 26, 2010

Frekuensi Larut Yang Baru

Makluman:

Frekuensi percubaan pengulang Larut (ASTRA) sekarang ialah

147.925

tone dan minus kekal seperti dahulu.

selamat berkomunikasi


Monday, April 26, 2010

Selamat Hari Lahir.....



Selamat Hari Lahir kepada 9W2OPT Ab Aziz Ab Rahman...Moga2 Dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan dirahmatiNya..amin..

drpd:Rakan2 Kampongku250

Saturday, April 17, 2010

PENGUMUMAN...



PENGUMUMAN:

Kepada mereka yang tinggal di kawasan Parlimen Larut (Batu Kurau/Selama/Ijok dll) dan Parlimen Padang Rengas.Berumur 18-39 tahun.Sihat tubuh badan.
Kelulusan SPM.Anda diperlawa untuk menyertai ASKAR WATANIAH.
Elaun latihan 1 jam RM4.00.Lain-lain elaun dan kemudahan juga disediakan.

Berminat sila hubungi En.Bob 019 5762734 atau Tn.Jalil 0195511665

Ayoh...Pemuda dan Pemudi..Mari kita berbakti dan Berkhidmat Untuk Negara Tercinta ini.

Wednesday, April 14, 2010

PROGRAM TAKLIMAT TATACARA KONVOI BERKENDERAAN & TAKLIMAT KESELAMATAN JALANRAYA

Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian - V38 memohon khidmat PDRM untuk memberi taklimat berkaitan tatacara konvoi berkenderaan dan keselamatan jalanraya.

Taklimat berkenaan seperti ketetapan di bawah;

Tarikh : Ahad, 18 April 2010
Masa : 9:00 am – 12:30 pm
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG), SK Bagan Serai.

Bil. Peserta : 30 orang

Hubungi: En. Mogan a/l Subbiah, 9W2ICI di talian 012 459 7971 untuk sebarang maklumat lanjut.

Thursday, March 18, 2010

Jemputan Ke Mega Eyeball & AGM Astra



Jemput beramai-ramai....

Majlis Mega Eyeball Astra sempena AGM pada;
Tarikh:19 Mac 2010 (Jumaat)
Masa:mulai jam 5 ptg hingga 1 pg
Tempat:Caravan Park Jalan Bukit Larut Taiping
Frekuansi:145.250 (V20)

Mesyuarat Agung Astra Kali Ke-13 pada;
Tarikh:20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa:mulai jam 9.00pg
Tempat:Sekolah Menengah Teknik Taiping Kamunting.

"SELAMAT DATANG KE KAMPONGKU250 TAIPING BANDAR WARISAN"

Sunday, March 14, 2010

Kunjungan NESRAC ke Kampungku Taiping

Rakan-rakan ham radioa lokalan Taiping mengucapkan terima kasih di atas kesudian rakan-rakan dari kelab NESRAC, Negeri Sembilan kerana memilih Taiping/Kamunting sebagai lokasi persinggahan mereka  selepas berkunjung ke V38 Kerian. Lokasi eyeball ialah di Melah Kopi, Bandar Kamunting jam 8 malam.

Beberapa gambar yang sempat diambil untuk dijadikan kenangan pertermuan bersejarah. Moga-moga selepas ini saling mengenali bila keudara

Kehadiran Rakan-Rakan daripada NESRAC:

9W2LUD (Maulud), 9W2TBD (Taib), 9W2OAT (Norhazli), 9W2ACO (Amin), 9W2BGD (Zul), 9W2PGA (Joe), 9W2DGA (Din Mega), 9W2SKO (Sam), 9W2COD (Rizal), 9W2FBD (Zul), 9W2GZl (Kamarul), 9W2CJD (Amiszanah), 9W2SNB (Mus), 9W2VSY (Isfan), 9W2VZY (Faezy), SWL Aizad, SWL Kamal, dan SWL Brado

Thursday, March 11, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS MEGA EYEBALL ASTRA 2010


Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS MEGA EYEBALL ASTRA 2010

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah merancang suatu program Mega Eyeball ASTRA 2010 yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.

3. Sehubungan dengan itu, semua ahli adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut seperti yang dinyatakan di bawah;

Tarikh : 19 Mac 2010
Masa : Bermula jam 9:00 malam
Tempat : Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian
016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,


(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13




NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13

NOTIS ini adalah diberi untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke 13
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi
Masa Mesyuarat : 10.00 pagi

AGENDA MESYUARAT
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden & Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,
(9W2MYR NORUL AMIN BIN HAMSAN)
Setiausaha Kehormat ASTRA

Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia
The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia
No. Pendaftaran: PPM/K. 1787/97(3) PPP/K. 114/97 626
No. 7A, Jalan Manggis, Taman Serai
Wangi, 34300 Bagan Serai, Perak.
Laman Web : http://www.astra.org.my
E-mel : setiausaha.astra@gmail.com
“BERSAHABAT MELALUI UDARA”