Wednesday, May 6, 2009

9W2ATD admit to Colombia Asia


Rakan kita masuk wad ari ni kat Colombia Asia tingkat 01 bilik 85, kalau ada kesempatan pi jengok jengok bagi semangat sebab esok beliau akan menjalani pembedahan kecil.

Tuesday, May 5, 2009

Senarai Rakan Taiping Yang Mengikuti Konvoi.

Comfirm...sebelah kaki dah masuk program ni...

1. 9W2DMG
2. 9W2JTJ
3. 9W2MZS
4. 9W2OCC
5. 9W2ONK
6. 9W2VZO

Siapa lagi yang berminat jom daftar nama pada 9w2HLM ataupun pada 9W2DMG.

Konvoi dan Lawatan Muhibbah Utara ke Selatan

Satu ekspedisi konvoi lawatan muhibbah ASTRA akan diadakan pada tarikh 6,7 dan 8 Jun 2009 ini. Ekspedisi konvoi yang terdiri daripada berpuluh-puluh 'jalopy' rakan-rakan radio amatur ini akan menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Plaza Tol Bandar Baru, Perak sehingga ke Kuala Lumpur. Konvoi ini akan menuju ke Melaka,Segamat, Batu Pahat dan Muar.

Tujuan ekspedisi ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan radio amatur di seluruh Malaysia. Konvoi ini akan diiringi oleh rakan setugas daripada PDRM


Pergerakan konvoi adalah seperti berikut:

6.6.2009
Bergerak dari Plaza Tol Bandar Baru menuju ke Kuala Lumpur.
Bergabung dengan Rakan Radio Amatur Pantai Timur. (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Tiba di Bangunan Koperasi Radio Amatur (K-Ramat), Bandar Bukit Puchong. (eyeball)

Konvoi bergerak ke Seremban melalui Jalan Persekutuan menuju ke Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.(eyeball)

Meneruskan perjalanan ke Melaka dan menginap di Melaka. Majlis makan malam bersama rakan radio amatur Melaka. (eyeball)

7.6.2009
Bergerak Segamat, Johor (eyeball)
Bergerak ke Batu Pahat, Johor. Makan Tengahari. (eyeball)
Menuju ke Muar, Johor melalui Jalan Persekutuan.

Pulang semula ke tempat penginapan, Melaka.

8.6.2009
Bergerak pulang ke Utara.

Amateurian yang berminat boleh menghubungi terus dengan Pengarah Ekspedisi Konvoi, 9W2HLM dan Ketua Ekspedisi Konvoi Utara Selatan 9W2DMG.

p/s : Adalah menjadi satu kesalahan kepada marshall yang menahan kenderaan di lampu isyarat atau disimpang2 jalan,kerana kuasa ini hanya ada pada polis dan tidak diturunkan kepada sesiapa atau awam, kecuali polis aja dan permit dari polis..kalau korang terjumpa benda2 ni, boleh ambil nombor plet, dan laporkan ke polis trafik bukit aman.so kalau ada marshall yang konon nak tunjuk terror dan tahan kat lampu merah kerana memberi laluan kepada group, sekiranya dilanggar, maka anda akan mati serupa katak....so beringatlah dan patuhi peraturan jalan raya..kita berkonvoi untuk bergembira bukan nak menunjuk . Berbaloi ker kerana tak boleh tunggu 2 minit atau selebihnya.... :yess: