Wednesday, January 6, 2010

Berita....

Seluruh rakan HAM kampongku250 merakamkan ucapan TAKZIAH kepada 9w2SMR (Mohd Roslan SMK.Tmn.Tasik Tpg) dan keluarga atas kembalinya ke Rahmahtullah Ibu Mertua beliau pada tengahari tadi 6 Januari 2010.Jenazah kini berada di No.20 Parit Abu Samah Kuala Kurau dan akan dikebumikan pada 7 Januari jam 10.00pg di Kuala Kurau.

Moga-moga rohnya diberkati dan dirahmatiNya.Amin.
Al-Fatihah buat aruah Ibu Mertua 9w2SMR.

Eyeball Kampongku250...2010

Eyeball @ pertemuan rakan-rakan 250 secara besar-besaran telah lama tidak diadakan.
Mungkin kekangan masa dan tugas rakan-rakan.
Namun pertemuan kecil-kecilan kerapkali diadakan.
Justeru itu,ada satu cadangan untuk mega eyeball rakan-rakan HAM 250 iaitu pada;

Tarikh:30 Januari 2010
Masa dan tempat dalam perancangan.

Apa-apapun sebarang cadangan amatlah dialu-alukan.

Yang jauh dirapatkan,Yang Sehobi ini dapat berkenal mesra....

Sila hubungi:
9w2bpt/9w2vzo/9w2xpt