Tuesday, July 15, 2008

Mai Main Ping Pong

Aktiviti terbaru Kelab Ham Taiping berjalan lancar dengan kehadiran yang mengalakan, tujuan utama ialah untuk mengeluarkan peluh dan bukannya nak bertanding siapa hebat atau pandai bermain.



Swal MZS sedang beraksi, terima kasih pada beliau yang mencetuskan idea ini dan juga menyediakan peralatan



"Boleh kempis perut ni kalau main hari hari" terkeluar dari mulut 9W2OCC



"Macam mana aku leh pukul tak masuk tadi, best gak main sat jer kuar peluh banyak ni" mungkin itu yang difikirkan oleh 9W2OHM.



Bergambar lepas semua dah tak larat nak memukul lagi, lagi pun perut dah lapar. Dari kiri 9W2SPO, 9W2OCC, Swal AFK, Swal ATD, Swal MZS, 9W2OHM dan tiada dalam gambar sebab balik awal 9W2RMX. Juga orang disebalik camera ni, identiti dirahsiakan...malu pasal kalah.

Tak lupa terima kasih pada 9W2SPO yang membenarkan rakan rakan mengunakan perkarangan rumahnya untuk tujuan riadah ini...

Jumpa lagi esok malam...73..cerio