Saturday, January 30, 2010

Karnival Gegar Ria Metro di Taman Tasik

Bagi mereka yang tiada ke mana-mana pada hujung minggu dan mempunyai rancangan untuk bersiar-siar di sekitar Taiping sahaja boleh la menjenguk ke tapak Karnival Gegar Ria Metro di sini yang bermula 8.30 pagi hingga 11 malam pada 30 dan 31 Januari 2010 ini
Rasanya banyak aktiviti dan jualan yang sesuai untuk seisi keluarga terutama di kios Metro sendiri . Dan mereka yang rindu akan A&W anda juga boleh dapatkan burger dan air nya yang terkenal. Anda juga boleh merasa masuk ke rumah misteri atau menonton futsal dan bola jaring.
Kalau tidak kisah dengan kesesakan pada waktu malam boleh pula menjenguk konsert percuma.

Pemandangan booth dari tepi tasik
yang dipenuhi pokok teratai

Galeri Misteri a.k.a rumah hantu

Antara kios dan gerai jualan di sini

Dapat free air dan makanan ringan.. tapi saiz kecil lar

Pertandingan Teh Tarik

Barisan pelakon Filem Madu yang akan ditayangkan pada Julai nanti ditemu ramah juruacara

sekian laporan dari Xray (pemberita merangkap tukang ambik gambar)