Sunday, August 23, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim - ASTRA

Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting, Taiping, Perak.

Tarikh : 12 September 2009

Masa : 6.00 pm

Untuk pengesahan program dan sumbangan ikhlas sila berhubung terus dengan Bendahari Kehormat ASTRA di Talian 019 - 5762734 ( 9W2BPT - Saudara Bravo aka Mohd Azaini Sham Mohd Ali ) atau di Simplex V20 ( 145.250 Mhz )

Semoga sumbangan anda memberi seribu kegembiraan pada mereka yang kurang bernasib baik.

Di harap anda juga berkelapangan datang memeriahkan suasana.

73.

Konvoi Ke Pahang




PERHATIAN !!!!!
Konvoi Utara ke Negeri Pahang akan diadakan kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan 9W2HLM......tempat terhad.... siapa cepat dia
dapat !!!!!

Tuesday, August 11, 2009

Hwang Nwang...

H1N1: 6 lagi kematian baru
11/08/2009 12:16pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 38 orang apabila 6 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes juga meningkat kepada 2,253 kes dengan 270 kes baru dilaporkan, kata ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

- BERNAMA



(Bilik Gerakan H1N1 Negeri):

JKN Melaka 06-2848270
JKN Negeri Sembilan 06-76648001
JKN Terengganu 09-6229775
JKN Pahang 09-5902351
JKN Kelantan 09-7472089
JKN Selangor 03-51237333 / 32 / 68
JKN Sarawak 082-246350
JKN Perak 05-2433962
JKN Kedah 04-7746137
JKN Pulau Pinang 04-2629902
JKWP Kuala Lumpur 03-26983757
JKN Sabah 088-219455
JKN Johor 07-2218866


p/s: skrg nie, setiap jumaat, aku kan bertugas kat Jabatan Farmasi, Klinik Kesihatan Putrajaya..ini disebabkan pertambahan pesakit secara mendadak di semua klinik2 kesihatan kat KL...so,aku yg mintak ntuk bertugas kt situ setiap kali diperlukan..buat mase nie, mmg ramai sgt yg dtg...tp yg plg teruk, ader jgk yg dtg untuk buat check up walaupun tiada simptom2.x pasal2, bilangan pesakit bertambah, n pesakit yang sepatutnya mendapat rawatan lebih awal, terpaksa menungu giliran..kat bawah nie aku letakkan simptom2 yg memerlukan pesakit tu terus mendapatkan rawatan kat hospital :

Anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital kerajaan dan swasta (sila rujuk website H1N1 KKM) jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

Disebabkan H1N1 nyer simptom melibatkan sistem pernafasan, ramai pesakit yang konpius dengan simptom2 nie..tambah plak ngan jerebu skrg, ramai mengadu mengalamai simptom yang sama.oleh yang demikian, dinasihatkan memakai topeng muka semasa di luar kawasn rumah, kerap minum air dan sila jaga kesihatan. Leh jugak amalkan untuk makan madu untuk kuatkan sistem pertahanan badan..

Rasenyer ramai dh dengar pasal ubat Tamiflu,kan?..ubat nie digunakan dalam rawatan kepada pesakit2 H1N1. waktu mula2 dulu,mmg pihak KKM x keluarkan sebarng maklumat mengenai ubat nie..pada pendapat peribadi, langkah nie terpaksa dibuat untuk mengelakkan pihak public jadi takut n mula cari ubat nie.mmg la salah untuk menyimpan maklumat..tp bagi diri aku, ia terpaksa dilakukan sebab H1N1 nie disebabkan oleh virus dan sudah menjadi sifat semulajadi virus untuk bermutasi. Biler seorang yang mmg xde H1N1 makan ubat nie, ader kemungkinan untuk virus ini bertindak untuk menjadi resistant terhadap ubat Tamiflu nie yang merupakan satu2nya ubat yang available bg rawatan H1N1..nie just pendapat peribadi je..jgn salah faham ye..

kepada rakan2 yang mempunyai ahli keluarga atau saudara mara yang :

* Children younger than 5 years old
* Persons aged 65 years and older
* Children and adolescents (< 18 years) on long term aspirin therapy
* Pregnant women
* Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus
* Adults and children who have immunosuppression
* Residents of nursing homes and other chronic care facilities

sila beri fokus kepada mereka ini sebab diorang lebih cenderung untuk dijangkiti H1N1...

sekian, terima kasih...

Petikan daripada website H1N1 Kementerian Keishatan Malaysia :

Orang ramai diminta mengambil tindakan yang tepat!

1. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1)

• Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
• Warga tua berusia 65 tahun ke atas
• Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
• Wanita hamil
• Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetes.
• Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser, dan HIV)
• Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
• Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Mereka ini akan diberikan rawatan anti-viral tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

2. Orang ramai yang tidak tergolong dalam kumpulan ini tetapi mempunyai simptom yang ringan diminta supaya tidak berasa cemas. Kebanyakan orang akan sembuh sepenuhnya dengan mengambil langkah-langkah berikut :

* Makan ubat demam mengikut sukatan yang disyorkan
* Banyak minum air
* Pastikan pengudaraan yang baik di rumah
* Amalkan cara hidup yang sihat termasuk tidak merokok, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

3. Bagi mereka yang berisiko tinggi dan juga bersimptom ringan, dinasihatkan untuk berada di rumah dan kurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga. Mereka perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam, mereka mesti memakai penutup mulut dan hidung ( mask ) jenis ‘three ply’. Amalan-amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

4. Semasa berehat di rumah beri perhatian kepada tanda-tanda amaran kecemasan

• Masalah pernafasan: sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/lebam
• Batuk berdarah atau kahak berdarah
• Sakit dada berterusan
• Cirit-birit atau muntah yang kerap
• Demam berterusan melebihi 3 hari atau pun demam berulang selepas tiga hari pulih
• Berkelakuan luar biasa (tidak normal), keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
• Rasa pening apabila berdiri

Dapatkan rawatan HANYA apabila anda mengalami tanda-tanda tersebut.

5. Hanya kes-kes yang dimasukkan ke hospital dengan gejale-gejala serius seperti masalah pernafasan batuk berkahak, dada berterusan dan lain-lain akan disaring untuk influenza A(H1N1).


Mungkin jadi cam ni kut kalau tak dikawal. Tapi ni sekadar hiasan jer.

73...cerio.