Monday, February 18, 2008

Selamat Pengantin Baru kepada 9W2OHM


Bergambar kenangan dengan sebahagian rakan HAM Taiping di lapang letak kereta berhampiran Taman Tasek Taiping sebelum ber"convoy" ke Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Hari itu pasangan Pak OHM di arak dengan convoy jarak dekat mengelilingi Taman Tasek dan terus ke Dewan MPT.

Antara rakan radio amatur yang hadir ke majlis berkenaan di dewam MPT sedang menjamu selera.

Ramai juga rakan-rakan radio yang hadir. Apa pun tahniah untuk Pak OHM. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. SELAMAT DATANG

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Demikianlah pula luahan kata dari Pak Ohm. Itulah ceritanya...

Gambar-gambar oleh 9W2XPT (Abang Azizan). Terima kasih abang Xray.

Thursday, February 14, 2008

Pilihanraya Umum ke 12.

Parlimen telah dibubarkan dan tarikh pilihanraya juga telah ditetapkan pada 8 Mac 2008. Selamat mengundi. Jalankan tanggungjawab kita sebagai warganegara.

Untuk semak daftar pemilih sila klik di bawah.

http://daftarj.spr.gov.my/

73 Clear.

Wednesday, February 13, 2008

Gambar-gambar sekitar Eyeball meraikan rakan-rakan yg lulus RAE ke 2 2007.


9W2JTT, 9W2SMR, Swal OHM dan 9W2JTJ adalah antara yg hadir malam tu. Malam itu Swal OHM membuat jemputan terbuka kepada yg hadir malam tu untuk ke majlis walimatul urus beliau. Hari ini pula (13 Feb.,08) beliau sah memegang 9W2OHM. Tahniah sekali lagi.

Antara hidangan yg disediakan malam tu nasi goreng, mee goreng dan meehoon goreng. Semua goreng-gorengan. Handy tu pun boleh digunakan untuk menggoreng ketika QSO. Mana ada dah. Tuan dia dah ambik bawa balik.

Tengok semuanya nampak ceria. Maklumlah dapat nyam nyam.

Tengok tu Swal HZH termenung jer. Kenapa? Oo.. pinggan dah kosong. Tambah. Jangan tak tambah. Tapi sekali lagi... mana ada dah.

Swal LEC atau Bob kecik di samping Swal IWT abang Masha. Tu tambah banyak tu nak bagi besar lagi la tu. Seorang MERAH seorang lagi HIJAU. Tak apa, cuba lagi. Abg Joe kita tu pun buat dua kali cubaan.

9M2AGC (Abang Lan). Orang kuat yg akan menyokong penuh permohonan AA rakan-rakan yg lulus RAE. Yg sebelah tu Swal FPT (abg Fadhil) harap nanti dapatlah callsign 9W2FPT.

Ni biasalah... tak perlu dikenalkan lagi. Tapi pasal apa nampak macam memandang sesuatu jer. Takkan possing kat kamera kut.

Pak Azhar (9M2AZZ) diapait oleh Pak Zali (9w2ZKJ) dan Pak Ramizan (Swal RMX) seorang lagi orang kuat yg akan menyokong permohonan AA rakan-rakan baru yg lulus RAE.

9W2OPT (abg Oscar) dan 9W2GBR (abg Golf) antara yg hujung-hujung sampai pada malam eyeball tersebut. Ingat lagi ke apa lawak abg Oscar malam tu. "QSL QSL ...aku terima ... over.." Mana ada dah. Semua tinggal kenangan. Malam eyeball sudah berlalu....

Malang sungguh... cabut undi dua kali. Dua undi sekali cabut. TAPI tak ada luck. Apa boleh buat. Dapat pada yg bertuahlah. Tapi yg dapat tu tak hadir eyeball malam tu. Itulah kelebihan kutu kita orang. Sentiasa menghidupkan peluang rakan-rakan.

Ahkir sekali, tahniah kepada rakan-rakan yg lulus tapi masalahnya tarikh eyeball hari tu tak ingat pulak. Kepada rakan-rakan yang masih ingat tarikh eyeball tu harap dapat di "info"kan kepada saya melalui ruang E-QSO...

Gambar-gambar sumbangan 9W2XPT (Abang Xray atau Abang Azizan). Terima kasih very very much. Itu sebab gambar beliau tiada. Tapi boleh dilihat ditepi kanan.

73...