Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009



Insyallah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dieratkan silaturahim sesama rakan rakan ham dan semua umat Islam. Moga moga di tahun 2009 ini Ham Kampongku 250 bertambah ceria dengan berbagai aktiviti aktiviti yang menyihatkan. Amin.

Saturday, December 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430H

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430H. BERSAMAAN DENGAN 29hb DECEMBER 2008. SEMOGA MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA PADA YG ESA, INSYA ALLAH



Friday, December 26, 2008

Tuesday, December 23, 2008

9M2AU meninggalkan MARES

19 December 2008 lebih kurang jam 9.00 malam bertempat di Rumah Kelab MARES di Petaling Jaya lebih kurang 25 orang ahli-ahli MARES menghadiri majlis perpisahan 9M2AU atau Pak Aziz yang akan meninggalkan MARES.

Pak Aziz, atau kadangkala lebih mesra dengan ziz..akan meninggalkan MARES, iaitu sebuah Kelab Radio Amatur yang sedang mencipta nama dan semakin dikenali di negara ini. Beliau adalah orang yang menubuhkan MARES dan membawanya sehingga ke tahap yang begitu membanggakan di masa ini.

MARES baru sahaja menyelesaikan misi membantu mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa. MARES telah terlibat secara langsung dengan pihak PBSM dalam operasi ini.
Pak Aziz telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua ahli-ahli MARES dan terutamanya 9W2NIK(iaitu timbalan presiden) yang akan dibantu oleh lain-lain AJK termasuk Director of Disaster yang baru iaitu Dr Kamil.

Pak Aziz akan dijangka meninggalkan MARES bermula 23 December 2008. Beliau akan ke luar negara atas urusan kerja selama beberapa tahun dan terpaksa meninggalkan MARES sementara. Selamat berjaya kepada beliau dan kami disini menunggu kepulangannya dengan penuh harapan.

sumber

Wednesday, December 17, 2008

Mega Eyeball 250.

Mungkin Anda Sudah Mendengar SiarRaya dari 9W2JTJ Menghebahkan Tentang Majlis Mega Eyeball 250 Sempena Penutup Tahun 2008 Sambil Meraikan Kunjungan Rakan Rakan Dari Pantai Timur, Kehadiran Rakan Rakan Amat lah Dihargai.

Tarikh : 17 Dis. 2008 ( Rabu )
Masa : 8.30 pm ( Tahlil Dan Doa Selamat )
9.00 pm ( Makan Sambil Beramah Mesra Dgn Rakan Rakan Pantai Timur )
Tempat : No 13, Lorong 28, Taman Desa Jana 2A, Kamunting, Taiping ( Base 9W2DMG )

Untuk Lebih Lanjut dan Pertanyaan Sila Monitor/Guna Je Frekuansi 145.250.

Semoga Anda Berjaya

Buat Rakan Rakan SWAL Semoga Anda Berjaya Dan Buat Yang Terbaik.

Saturday, December 6, 2008

Salam Aidil Adha (Edi Al-Mubarak)

Raya Haji, Raya Korban dan Aidiladha, sememangnya mempunyai pengertian yang sama. Bersempena dengan Raya Korban pada tahun ini sebagaimana yang kita tahu jatuh pada 08 hb December 2009 pada tahun ini saya mewakili AJK Kampongku ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Korban/ Aidiladha kepada semua rakan-rakan Ham kampongku, rakan-rakan forum, rakan-rakan bloger, rakan-rakan forum terutamanya di forum mycalsign dan sekalian yang beragama islam. Namun, seperti biasa dalam keghairahan balik bercuti di harap semuanya berhati-hati di jalan raya, jangan sampai kita pula yang terkorban. Maaf Zahir Batin untuk semua terutamanya yang mengenali saya dan juga yang mengenali secara maya (Internet)

Tuesday, December 2, 2008

Akhirnya...kini pasti.



Tahniah, 9M2AGC semoga kekal ke anak cucu...

Gambar ihsan dari 9W2XPT