Tuesday, December 23, 2008

9M2AU meninggalkan MARES

19 December 2008 lebih kurang jam 9.00 malam bertempat di Rumah Kelab MARES di Petaling Jaya lebih kurang 25 orang ahli-ahli MARES menghadiri majlis perpisahan 9M2AU atau Pak Aziz yang akan meninggalkan MARES.

Pak Aziz, atau kadangkala lebih mesra dengan ziz..akan meninggalkan MARES, iaitu sebuah Kelab Radio Amatur yang sedang mencipta nama dan semakin dikenali di negara ini. Beliau adalah orang yang menubuhkan MARES dan membawanya sehingga ke tahap yang begitu membanggakan di masa ini.

MARES baru sahaja menyelesaikan misi membantu mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa. MARES telah terlibat secara langsung dengan pihak PBSM dalam operasi ini.
Pak Aziz telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua ahli-ahli MARES dan terutamanya 9W2NIK(iaitu timbalan presiden) yang akan dibantu oleh lain-lain AJK termasuk Director of Disaster yang baru iaitu Dr Kamil.

Pak Aziz akan dijangka meninggalkan MARES bermula 23 December 2008. Beliau akan ke luar negara atas urusan kerja selama beberapa tahun dan terpaksa meninggalkan MARES sementara. Selamat berjaya kepada beliau dan kami disini menunggu kepulangannya dengan penuh harapan.

sumber