Monday, January 12, 2009

Jom Kayuh

Ada basikal jom kayuh..yang dah lama simpan atau sandar kat dinding, pokok atau simpan kat stor, jom bawa keluar tak kira mahal ke murah anda semua dialu-alukan untuk mengamalkan aktiviti sihat. tak boleh kayuh pagi jom kayuh petang. Rakan rakan, Taiping adalah lokasi yang paling cantik untuk beriadah sambil keluarkan peluh.

Setelah sessi meracun yang dimulakan oleh budak jahat ini dan beliau terus dilantik sebagai Pengkerusi Jom Kayuh Ham Taiping, 9W2ROT tak toleh belakang lagi, apatah lagi beliau baru je berjaya menghabiskan Kayuhan Warisan Taiping sejauh 70km yang dianjurkan oleh Kelab MTB Taiping baru baru ini. Teruja dengan kenikmatan tersebut beliau terus meracuni telinga rakan rakan Ham taiping untuk turut serta berkayuh.

Sessi meracun diteruskan dengan budak nakal yang tengah tu, dengan pengalaman berkecimpung diarena berkayuh selama 3 tahun, dua budak yang dulunya asyik sibuk menoreh getah setyiap pagi teracun dan hasilnya sekarang ni tiap tiap pagi akan berkayuh sekurang kurangnya 15 km sebelum kembali ke ladang getah.

Layan gambar gambar yang diambil sepanjang seminggu program kayuhan ini bermula dengan harapan agar ramai lagi akan teracun itu lah impian tuan Pengkerusi kita.

DMG, ROT dan ATD warm up sebelum kayuh bermula.

Mungkin 3 bulan akan datang ada yang tak kenal DMG bila berjumpa, dah kurus.

ATD..dengan baju sponsor dari VZO. Sapa sapa yang turut serta akan mendapat baju tu dengan percuma. Cepat selagi stok ada.

Tak luparibuan terima kasih juga diucapkan pada rakan rakan semua yang sudi datang membari sokongan pada petang Ahad yang lepas. Muga aktiviti sihat ini akan berterusan dan makin ramai yang akan turut serta.