Thursday, August 21, 2008

Malam Ambang Merdeka 145.475

Jemputan ke Program Malam Ambang Merdeka Kerian V38, pada rakan rakan Radio Amatur khasnya Lokalan Taiping yang berkesempatan dan berkelapangan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Butir butir adalah seperti dibawah :-

Tarikh : 30hb. Ogos, 2008 (Sabtu malam Ahad)

Masa : 8.00 malam sehingga Countdown Merdeka

Tempat : Perkarangan Rumah 9M2RR

Sg. Betul, Tanjung Piandang.

Bayaran : RM40.00 satu meja. bersamaan 4 orang per meja.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan meja sila rujuk kepada Cikgu Amin (9W2MYR)

info dari 9W2BPT..

Tuesday, July 29, 2008

Semoga Cepat Sembuh.



Buat Pak Desa...rakan rakan semua mendoakan semoga cepat sembuh dan jaga kesihatan, minum banyak air, cepat boleh balik dan cepat la boleh ke-Udara...maklumlah, dah selalu tekan PTT kalau sehari tak tekan gian semacam.

Untuk informasi...Pak Desa dimasukkan ke Wad Hospital Taiping petang Ahad 27/07/08 kerana tekanan darah tinggi akibat terlebih makan durian. Gambar diambil semalam dan berkemungkinan akan dibenarkan keluar petang ini.


Tuesday, July 15, 2008

Mai Main Ping Pong

Aktiviti terbaru Kelab Ham Taiping berjalan lancar dengan kehadiran yang mengalakan, tujuan utama ialah untuk mengeluarkan peluh dan bukannya nak bertanding siapa hebat atau pandai bermain.



Swal MZS sedang beraksi, terima kasih pada beliau yang mencetuskan idea ini dan juga menyediakan peralatan



"Boleh kempis perut ni kalau main hari hari" terkeluar dari mulut 9W2OCC



"Macam mana aku leh pukul tak masuk tadi, best gak main sat jer kuar peluh banyak ni" mungkin itu yang difikirkan oleh 9W2OHM.



Bergambar lepas semua dah tak larat nak memukul lagi, lagi pun perut dah lapar. Dari kiri 9W2SPO, 9W2OCC, Swal AFK, Swal ATD, Swal MZS, 9W2OHM dan tiada dalam gambar sebab balik awal 9W2RMX. Juga orang disebalik camera ni, identiti dirahsiakan...malu pasal kalah.

Tak lupa terima kasih pada 9W2SPO yang membenarkan rakan rakan mengunakan perkarangan rumahnya untuk tujuan riadah ini...

Jumpa lagi esok malam...73..cerio

Sunday, June 29, 2008

Gambar sekitar RAE 24 JUN 2008

Looking for Whiskey...






Gambar oleh 9W2XPT

Monday, June 23, 2008

Semoga Berjaya

Komuniti Kampongku250 mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat kepada rakan rakan SWAL yang akan menduduki peperiksaan RAE esok.

Semoga anda beroleh kejayaan dan bertambah CERIA Kampongku.

-Amin-

Tengok ini mungkin boleh mengingatkan anda sesuatu.




AJK Kampongku250

Thursday, May 29, 2008

Bengkel / Kelas Persediaan RAE

Bengkel/Kelas Persediaan RAE ini adalah anjuran Jawatankuasa Induk KampungKu250 di bawah Biro Perlesenan dan Latihan dimana 9W2SMR (Sdr Mohamad Roslan bin Mohamad Amin) sebagai AJK yang mengurus dan mengelolakan bengkel/kelas ini bersama Jawatan kuasa yang beliau bentuk.

Antara tenaga pengajar yang terlibat adalah 9M2AGC dan lain-lain.

Bengkel/Kelas tersebut akan di adakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Tempat : Komplek Rakan Muda, Kamunting.
***

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.
Bayaran penyertaan RM35.00
Makan dan minum termasuk nota dan contoh soalan disediakan.

Rakan-rakan Swal dijemput menyertainya.


*** Tertakluk kepada pindaan.

Wednesday, May 28, 2008

Repeater Larut dikunjungi lagi...

BUKIT LARUT 28 Mei - Repeater Larut dikunjungi sekali lagi oleh 13 stesen radio amatur KampungKu Taiping Bandar Warisan. Ramai rakan radio amatur yang hadir di kaki bukit untuk mengalu-alukan rakan-rakan yang akan mendaki ke puncak Bukit Larut.
Mereka memulakan perjalanan menaiki jeep bermula jam 10.00 pagi dan dijangka turun semula jam 4.00 petang. Selamat menjalankan tugas kepada semua rakan-rakan. Semoga repeater Larut kembali pulih dan memancar semula.











Gambar oleh 9W2GBR.
73.

Tuesday, May 20, 2008

Akan datang di KampongKu250...

1. 9W2MIT melawat Taiping Bandar Warisan.

2. KampongKu members ke Mesyuarat Astra Kawasan Tengah.
3. Sekitar mesyuarat Astra Perak.

dan banyak lagi... alahai...73

Mega Eyeball KampongKu for April 2008

Tarikh : Ala terlupa pulak dah...
Tempat : Food Court Gulai Sembilang, Asam Kumbang.

Malam itu 34 ham kampongku members hadir. Terima kasih kerana menceriakan lagi KampongKu Taiping Bandar Warisan.



Agenda malam itu antaranya membincangkan perlembagaan pertubuhan ... yang bakal ditubuhkan dan juga membincangkan cadangan untuk mengadakan local repeater.

Mesyuarat malam itu di pengerusikan oleh 9W2ZAC (Abg Zain)

dan 9W2BPT (Abg Bob) sebagai setiausaha dan yg memainkan peranan utama malam itu. Mana gambar close up Abg Bob ni... Apa ni Abg Xray closep up orang lain ni...
Bila pula Abg Foxtrot tu tukar baju... dah kala lain pulak.

Last sekali semua makan makan dan sembang sembang.
Majlis tamat jam 11.45 malam.
Jumpa lagi di Eyeball May yg jangkanya akan diadakan pada 23 May akan datang bertempat di Changkat Jering (Lokasi sebenar belum tahu kena tanya Tok Penghulu)

Gambar oleh 9W2XPT.
Di edit oleh 9W2GBR : "Alahai letih..letih..."

Info Semasa KampongKu

1. Kelas Persedian RAE

Kelas tersebut akan di adakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Tempat : Komplek Rakan Muda, Kamunting.

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.
Bayaran penyertaan RM35.00
Makan dan minum termasuk nota dan contoh soalan disediakan.

Rakan-rakan Swal dijemput menyertainya.


2. Convoy Komuniti Radio Amatur KampongKu ***

Tarikh cadangan : 16, 17 dan 18 Ogos, 2008
Lokasi : Taiping KL Melaka.


3. Mega Eyeball for May 2008. ***

Tarikh : 23 May 2008 (Jumaat malam Sabtu)
Tempat : Changkat Jering.

*** Tertakluk kepada pindaan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 9W2BPT.

Sunday, May 18, 2008

Welcome Swal LIL to kampongku250




Hi all....
My name : Halil Hisam Bin Hussin
ID No : 1444 (SWL "LIL" ).

My name is Halil Hisam Bin Hussin. Staying at Kg Matang , Simpang Perak.
Working at Digi Telecommunication S/B Taiping Perak. Im 25 years old.

Tq & regards.
halil SWL " LIL"

9W2GBR: “Welcome to kampongku250”.