Saturday, September 13, 2008

IKLAN RAYA PETRONAS 2008




So rakan rakan yang masih ada ayah ibu,plan la dari sekarang, pohon lah cuti, ambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf.

Friday, September 12, 2008

Notis dari rakan-rakan Radio Amatur di Sg. Petani

Salam sejahtera semua....

Dimaklumkan bahawa satu majlis berbuka puasa anjuran rakan sphamradio akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 13 hb September 2008
Hari : Sabtu, bermula dari jam 5.30 ptg.
Tempat : Sek Men Keb Sg Layar, Sg Petani.

Semua rakan dijemput hadir kemajlis tersebut. Kemudahan surau dan parking yang mencukupi akan memudahkan lagi rakan rakan kesana. Sila hubungi rakan sphamradio iaitu 9w2doz, 9w2ika, 9w2fed dan 9w2cre bagi membuat tempahan. Bayaran akan dikenakan bagi setiap peserta yang hadir iatu RM 10/pax bagi dewasa dan RM 5/pax bagi kanak kanak 7 hingga 12 tahun. Percuma bagi anak anak yang berumur dibawah 7 tahun.

Sekian... harap maklum.

Monday, September 1, 2008

Dia Balik Kampong Sebulan Cuti.


SELAMAT BERPUASA DAN TAMBAHKAN AMAL IBADAH DI BULAN RAMADAN YANG MULIA INI.


Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-51.


Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Peratus Kelulusan RAE 2008-1 Meningkat

Seramai 1037 orang (57%) telah lulus RAE 2008-1 dari 1818 orang yang hadir menduduki peperiksaan pada 24 Jun 2008 yang lepas. Peratusan Peperiksaan Radio Amatur pada kali ini didapati meningkat dari sebelumnya iaitu 57% di mana 51% untuk RAE 2007-2 dan 47% untuk RAE 2007-1 . Salinan keputusan terkini boleh didapati di pautan ini. (Pengiraan peratusan tidak termasuk calon yang tidak hadir)

info dipetik dari www.parts.org.my

Friday, August 22, 2008

Berani Mencuba...Capai Impian..Masanya dah tiba.

21 Aug 08- Notification: Morse Code Test 2008-2

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be conducting the second Morse Code Test at SKMM Headquarters in Cyberjaya pursuant to Regulation 26(2) of the Communications and Multimedia (Technical Standards) Regulation 2000.

For further details please click on the following links:

Morse Code Test Notice/ Pemberitahuan Peperiksaan Kod Morse

Application Form/ Borang Permohonan

info ..
www.skmm.gov.my

Eyeball Perdana Khas

Untuk makluman komuniti kampongku, satu eyeball perdana akan diadakan bagi membincangkan aktivi program bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Tarikh : 27 hb. Ogos, 2008. (Rabu malam Khamis)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Selera Malam Kamunting.

Sila pantau 145.250 dari masa kesemasa untuk info lanjut atau sebarang pindaan tempat eyeball.

info dari 9W2BPT.

Thursday, August 21, 2008

Malam Ambang Merdeka 145.475

Jemputan ke Program Malam Ambang Merdeka Kerian V38, pada rakan rakan Radio Amatur khasnya Lokalan Taiping yang berkesempatan dan berkelapangan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Butir butir adalah seperti dibawah :-

Tarikh : 30hb. Ogos, 2008 (Sabtu malam Ahad)

Masa : 8.00 malam sehingga Countdown Merdeka

Tempat : Perkarangan Rumah 9M2RR

Sg. Betul, Tanjung Piandang.

Bayaran : RM40.00 satu meja. bersamaan 4 orang per meja.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan meja sila rujuk kepada Cikgu Amin (9W2MYR)

info dari 9W2BPT..

Tuesday, July 29, 2008

Semoga Cepat Sembuh.



Buat Pak Desa...rakan rakan semua mendoakan semoga cepat sembuh dan jaga kesihatan, minum banyak air, cepat boleh balik dan cepat la boleh ke-Udara...maklumlah, dah selalu tekan PTT kalau sehari tak tekan gian semacam.

Untuk informasi...Pak Desa dimasukkan ke Wad Hospital Taiping petang Ahad 27/07/08 kerana tekanan darah tinggi akibat terlebih makan durian. Gambar diambil semalam dan berkemungkinan akan dibenarkan keluar petang ini.


Tuesday, July 15, 2008

Mai Main Ping Pong

Aktiviti terbaru Kelab Ham Taiping berjalan lancar dengan kehadiran yang mengalakan, tujuan utama ialah untuk mengeluarkan peluh dan bukannya nak bertanding siapa hebat atau pandai bermain.



Swal MZS sedang beraksi, terima kasih pada beliau yang mencetuskan idea ini dan juga menyediakan peralatan



"Boleh kempis perut ni kalau main hari hari" terkeluar dari mulut 9W2OCC



"Macam mana aku leh pukul tak masuk tadi, best gak main sat jer kuar peluh banyak ni" mungkin itu yang difikirkan oleh 9W2OHM.



Bergambar lepas semua dah tak larat nak memukul lagi, lagi pun perut dah lapar. Dari kiri 9W2SPO, 9W2OCC, Swal AFK, Swal ATD, Swal MZS, 9W2OHM dan tiada dalam gambar sebab balik awal 9W2RMX. Juga orang disebalik camera ni, identiti dirahsiakan...malu pasal kalah.

Tak lupa terima kasih pada 9W2SPO yang membenarkan rakan rakan mengunakan perkarangan rumahnya untuk tujuan riadah ini...

Jumpa lagi esok malam...73..cerio

Sunday, June 29, 2008

Gambar sekitar RAE 24 JUN 2008

Looking for Whiskey...






Gambar oleh 9W2XPT