- MOHD FAIZAL JAAFAR - 9W2FAJ
- JAMIL WAHAB - 9W2DPT
- CIK SAIPU LIZA ABD RASID - 9W2EPT
- HUSNI SHARIFF HARIS- 9W2HPT
- MOHD ZOLKURNAIN ABDULLAH - 9W2PTZ
Wednesday, September 24, 2008
Tahniah 9W2 - Vol 2
Sekadar Renungan.
Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.
Sunday, September 21, 2008
Menanti Berbuka Hari ke 21.
Dan tak lupa juga buat 9W yang akan berdepan dengan peperiksaan tuk menukar kepada 9M...semoga anda berjaya. mereka juga menghitung hari seperti anda...lagi tiga hari akan berperang dengan bunyi bunyi dit da dit da...
Semoga anda berjaya membawa pulang gelaran baru 9M...pada CW2008-2 bertarikh pada 24 Sept 2008 bersamaan hari Rabu ini. Keterangan lanjut boleh dirujuk di sini.
http://www.mcmc.gov.my
Saturday, September 20, 2008
Sambil menunggu sahur- layan YouTube
Enjoy...
Thursday, September 18, 2008
Congratulations, New Born Baby.
Tuesday, September 16, 2008
Kutipan Derma / Sumbangan Anak Yatim
Sehubungan dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, serta Syawal yang akan menjelang tiba pihak kampongku mengadakan program kutipan / sumbangan derma bagi membantu dan meringankan beban Rumah Kebajikan Anak Yatim.
Sumbangan yang di kumpul akan disalurkan kepada Pertubuhan Anak Anak Yatim Nur Hidayah yang beroperasi di Kampong Cheh, Bukit Gantang. Untuk informasi terdapat seramai 23 orang anak anak yatim Perempuan yang berumor lingkungan 8 tahun hingga 18 tahun menghuni disana.
Sumbangan bolehlah dibuat melalui AJK kampongku yang diamanahkan iaitu :-
9W2JTT – Jalil , 9W2FTT – Hanafi dan 9W2BPT – Abang Bob.
Tarikh akhir kutipan adalah pada atau sebelum 26hb September 2008.
Aturcara dan tarikh serahan akan di beritahu dari masa kesemasa setelah pihak AJK terlibat selesai berbincang dengan rumah kebajikan tersebut.
Diharap rakan rakan amator atau bukan amator dapat memberi sedikit sumbangan kepada anak anak yatim ini. Semoga sumbangan anda semua di berkati Allah s.w.t
Amin…
Monday, September 15, 2008
Majlis Berbuka Puasa PARTS 1429H
Suatu majlis berbuka puasa, membaca yasin, solat magrib, isya' dan solat sunat tarawikh akan diadakan pada khamis malam jumaat 25hb. september, 2008 (25hb. Ramadhan 1429H) di rumah wakaf PARTS. Semua rakan-rakan radio amatur serta keluarga dijemput hadir pada hari tersebut. Sila bawa sendiri surah yassin dan sejadah kerana pihak persatuan tidak menyediakannya. Bilik khas untuk para muslimah akan disediakan.
ATURCARA MAJLIS
| 1. | 06.45 PM | : Majlis Membaca Yasin |
| 2. | 07.11 PM | : Jamuan Berbuka Puasa, Solat Magrib dan Jamuan Makan |
| 3. | 08.20 PM | : Solat Isya', Solat Sunat Tarawikh 8 + 3, tazkirah dan Jamuan Makan |
Sila sahkan kedatangan anda melalui e-mail ( admin@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , 9w2shb@parts.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ) atau SMS (9W2SLJ 012-5187580 & 9W2SHB 012-5246799), sila nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan hadir. Semoga kehadiran kita semua dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara ahli-ahli serta keluarga.
Info...http://www.parts.org.my/
Saturday, September 13, 2008
Congratulation and Welcome
Sekalung tahniah juga buat rakan rakan lokalan kampongku, Anda hebat dan terima kasih juga pada rakan dan otai otai Taiping yang tak jemu jemu memberi tunjuk ajar terutama pada tenaga pengajar kelas persediaan RAE tempohari.
Dan inilah hasilnya
- AKMAL FAIZ ABU BAKAR - 9W2GTA
- AZHAR MOHAMAD - 9W2ATD
- JAMIL RAMLI - 9W2VZO
- MUHAMMAD HAFIZUL HARON - 9W2LAD
- MUHAMMAD MUJAHIDIN SUHAIMI - 9W2OTW
- MOHD RUSNIZA YAHYA - 9W2DLG
- MOHD ZULKIFLI SAAIDIN - 9W2MZS
- ROZI CHE SOH - 9W2RCS
- ATAN (AKC) - 9W2
- AZNAN HAMAD (NTM) - 9W2
- BASIR BAKRI (BSR) - 9W2
- HALIL HISAM HUSSIN (LIL) - 9W2
- PAKCIK (PKC) - 9W2
Pada yang kurang bernasib baik cuba lagi RAE 2008/02 pasti akan datang...tunggu..........
sebarang pembetulan dan nama2 yang tak tersenarai minta maaf sila email pada webmaster...tq.
IKLAN RAYA PETRONAS 2008
Friday, September 12, 2008
Notis dari rakan-rakan Radio Amatur di Sg. Petani
Tarikh : 13 hb September 2008
Hari : Sabtu, bermula dari jam 5.30 ptg.
Tempat : Sek Men Keb Sg Layar, Sg Petani.
Sekian... harap maklum.


