Friday, December 26, 2008

Tuesday, December 23, 2008

9M2AU meninggalkan MARES

19 December 2008 lebih kurang jam 9.00 malam bertempat di Rumah Kelab MARES di Petaling Jaya lebih kurang 25 orang ahli-ahli MARES menghadiri majlis perpisahan 9M2AU atau Pak Aziz yang akan meninggalkan MARES.

Pak Aziz, atau kadangkala lebih mesra dengan ziz..akan meninggalkan MARES, iaitu sebuah Kelab Radio Amatur yang sedang mencipta nama dan semakin dikenali di negara ini. Beliau adalah orang yang menubuhkan MARES dan membawanya sehingga ke tahap yang begitu membanggakan di masa ini.

MARES baru sahaja menyelesaikan misi membantu mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa. MARES telah terlibat secara langsung dengan pihak PBSM dalam operasi ini.
Pak Aziz telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua ahli-ahli MARES dan terutamanya 9W2NIK(iaitu timbalan presiden) yang akan dibantu oleh lain-lain AJK termasuk Director of Disaster yang baru iaitu Dr Kamil.

Pak Aziz akan dijangka meninggalkan MARES bermula 23 December 2008. Beliau akan ke luar negara atas urusan kerja selama beberapa tahun dan terpaksa meninggalkan MARES sementara. Selamat berjaya kepada beliau dan kami disini menunggu kepulangannya dengan penuh harapan.

sumber

Wednesday, December 17, 2008

Mega Eyeball 250.

Mungkin Anda Sudah Mendengar SiarRaya dari 9W2JTJ Menghebahkan Tentang Majlis Mega Eyeball 250 Sempena Penutup Tahun 2008 Sambil Meraikan Kunjungan Rakan Rakan Dari Pantai Timur, Kehadiran Rakan Rakan Amat lah Dihargai.

Tarikh : 17 Dis. 2008 ( Rabu )
Masa : 8.30 pm ( Tahlil Dan Doa Selamat )
9.00 pm ( Makan Sambil Beramah Mesra Dgn Rakan Rakan Pantai Timur )
Tempat : No 13, Lorong 28, Taman Desa Jana 2A, Kamunting, Taiping ( Base 9W2DMG )

Untuk Lebih Lanjut dan Pertanyaan Sila Monitor/Guna Je Frekuansi 145.250.

Semoga Anda Berjaya

Buat Rakan Rakan SWAL Semoga Anda Berjaya Dan Buat Yang Terbaik.

Saturday, December 6, 2008

Salam Aidil Adha (Edi Al-Mubarak)

Raya Haji, Raya Korban dan Aidiladha, sememangnya mempunyai pengertian yang sama. Bersempena dengan Raya Korban pada tahun ini sebagaimana yang kita tahu jatuh pada 08 hb December 2009 pada tahun ini saya mewakili AJK Kampongku ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Korban/ Aidiladha kepada semua rakan-rakan Ham kampongku, rakan-rakan forum, rakan-rakan bloger, rakan-rakan forum terutamanya di forum mycalsign dan sekalian yang beragama islam. Namun, seperti biasa dalam keghairahan balik bercuti di harap semuanya berhati-hati di jalan raya, jangan sampai kita pula yang terkorban. Maaf Zahir Batin untuk semua terutamanya yang mengenali saya dan juga yang mengenali secara maya (Internet)

Tuesday, December 2, 2008

Akhirnya...kini pasti.



Tahniah, 9M2AGC semoga kekal ke anak cucu...

Gambar ihsan dari 9W2XPT

Tuesday, November 25, 2008

Pengantin Baru Kemalangan - 9M2AGC

Kadang kadang bila difikirkan mungkin betul kata orang dulu dulu atau kebetulan tak tau la. Darah Manis kata deme, Pengantin Baru kita ni dilaporkan menimpa kemalangan semasa beliau dalam perjalanan nak ke Shah Alam, Macamana terjadi boleh ditanya terus pada empunya diri, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa cuma kereta saja yang perlu diperbaiki.

Keadaan Jalopy Cikgu Lan 9M2AGC



Kenderaan Yang Melanggar Jalopy Cikgu Lan 9M2AGC



Diharap Cikgu Lan 9M2AGC Bersabar Atas Musibah Yang Menimpa.

Gambar insan dari 9W2SGN...yang kebetulandalam perjalanan ke Ipoh bersama 9W2SMZ dan 9W2SBD. Terima kasih juga pada rakan2 Ipoh.

Wednesday, November 19, 2008

Jom Joran

Sejak kebelakangan ni rakan2 Taiping asyik berQSO...tentang memancing jer...berlawan lawan sapa yang tarik ikan besar, yang pastinya ia lebih menceriakan dan mengakrabkan lagi silaturahim antara rakan rakan..

Lokasi : Tasek Raban
Buruan Utama : Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes
Buruan Sampingan : Ikan Haruan atau dikenali dengan nama SnakeHead dan apa yang sangkut kat mata pancing...
Kemudahan dilokasi : Ada Surau, ada Tandas dan tempat makan pun dekat. Juga ada taman permainan boleh bawa family. Lokasi 3 bintang.
p/s ... leh layan kelapa muda tapi kena pandai pandai ler...



Ada yang kuar dari mulut rakan, lepas dia, dia, lepas dia, dia...makan la pancing aku lak...




Itu ikan gambar no tiga tetiba jer muncul...Sebarau dan Ikan Raja...DLG hang utang aku roti canai sekeping..kalau tak rahsia bocor....hehehe


Atlast mau juga dia makan pancing orang lain...biar pun kecil janji boleh buat orang lain radang...


Yang lain hari tu bukan rezeki...mungkin sebab hujan air sejuk...ikan kurang makan. So yang lain tumpang tangkap gambar jer lar...harap rakan jangan serik...kita cuba lagi lain lokasi..

Terima kasih team dua rakan tak sempat diambil gambarnye jangan marah...bab asyik memancing...Team yang turut serta 9W2DLG, 9W2LAD, 9W2MZS, 9W2OHM, 9W2JBT dan saya sendiri V20...juga terima kasih pada rakan Lengong yang sudi singah meluangkan sedikit masa 9W2LIK dan 9W2ZML.

Jumpa lagi di buruan Joran akan datang...harap ramai akan turut serta.

Thursday, November 6, 2008

Register and make friends thru this networking.

MY Callsign Network dedicated to Amateur Radio community. This is FREE web space and non-profit website. Here you can write a blog, post pictures, music, communicate and connect with friends and other HAM members. Signup Now.

Selamat Datang - 6 Nov 2008

Salam Sejahtera

Website ini masih dikemaskini. Segala kelemahan sedang diatasi.

Walaubagaimana pun, anda disarankan mengunakan callsign anda (kepada yang memiliki lesen ARO) sebagai username, upload gambar (avatar) diri sendiri, kemaskini QTH anda untuk pautan search engine dan Google Map (GMap) website ini. Kerjasama anda amat dihargai.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 9W2YON, 9W2ALI dan rakan-rakan HAM yang lain kerana sudi mempromosikan website ini.
Begitu juga dengan sokongan anda semua.

73 de Zulkiffli M. Ali, 9W2KEL

Copy from mycallsign home page...if you wish to joint in just click link below:-
c u all there...

http://www.mycallsign.my/

Tuesday, November 4, 2008

BENGKEL PENGURUSAN KOMUNIKASI BENCANA

Komuniti Kampongku akan mengadakan satu bengkel pengenalan bagaimana mengendalikan radio sekiranya berlaku bencana. Kerjasama dari peminat peminat radio amatur lokalan Taiping amatlah dihargai bagi menjayakan program ini.

Tajuk Bengkel : BENGKEL PENGURUSAN KOMUNIKASI BENCANA
Tarikh : 29 November 2008 bersamaan hari SABTU
Masa : 2.00 pm hingga 5.00 pm
Tempat : Sek Men Teknik Taiping.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Tuan Setiausaha Komuniti Kampongku250, 9w2BPT ditalian 019-5762734.

Info dari 9W2BPT.

Thursday, October 23, 2008

Amateur Radio Reunion Day ... ada sapa-sapa berani join?

Details here http://mares.org.my/mambo/index.php?opt ... &Itemid=37

Location : Beach front Bungalow in Port Dickson, hosted by 9M2PD.
Accommodation: Hotel, Chalet, or DIY on camping ground.
Event date: Saturday 13 Dec – Sunday 14 Dec 2008.

Registration closing date: 8 Nov 2008 or first 300 paid registration.

To register, please contact
9W2ZLH (012-6581926)
9W2BBS (012-2353769)
9W2FD (012-3713960).
For further details, do email us at arrd@mares.org.my

Kindly ensure payment is made upon registration, to book your place.

Charge:
RM30 per person (per station including SWL)
RM10 for family members
* Children below 7 eats free