Sunday, August 23, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim - ASTRA

Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting, Taiping, Perak.

Tarikh : 12 September 2009

Masa : 6.00 pm

Untuk pengesahan program dan sumbangan ikhlas sila berhubung terus dengan Bendahari Kehormat ASTRA di Talian 019 - 5762734 ( 9W2BPT - Saudara Bravo aka Mohd Azaini Sham Mohd Ali ) atau di Simplex V20 ( 145.250 Mhz )

Semoga sumbangan anda memberi seribu kegembiraan pada mereka yang kurang bernasib baik.

Di harap anda juga berkelapangan datang memeriahkan suasana.

73.

Konvoi Ke Pahang




PERHATIAN !!!!!
Konvoi Utara ke Negeri Pahang akan diadakan kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan 9W2HLM......tempat terhad.... siapa cepat dia
dapat !!!!!

Tuesday, August 11, 2009

Hwang Nwang...

H1N1: 6 lagi kematian baru
11/08/2009 12:16pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 38 orang apabila 6 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes juga meningkat kepada 2,253 kes dengan 270 kes baru dilaporkan, kata ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

- BERNAMA



(Bilik Gerakan H1N1 Negeri):

JKN Melaka 06-2848270
JKN Negeri Sembilan 06-76648001
JKN Terengganu 09-6229775
JKN Pahang 09-5902351
JKN Kelantan 09-7472089
JKN Selangor 03-51237333 / 32 / 68
JKN Sarawak 082-246350
JKN Perak 05-2433962
JKN Kedah 04-7746137
JKN Pulau Pinang 04-2629902
JKWP Kuala Lumpur 03-26983757
JKN Sabah 088-219455
JKN Johor 07-2218866


p/s: skrg nie, setiap jumaat, aku kan bertugas kat Jabatan Farmasi, Klinik Kesihatan Putrajaya..ini disebabkan pertambahan pesakit secara mendadak di semua klinik2 kesihatan kat KL...so,aku yg mintak ntuk bertugas kt situ setiap kali diperlukan..buat mase nie, mmg ramai sgt yg dtg...tp yg plg teruk, ader jgk yg dtg untuk buat check up walaupun tiada simptom2.x pasal2, bilangan pesakit bertambah, n pesakit yang sepatutnya mendapat rawatan lebih awal, terpaksa menungu giliran..kat bawah nie aku letakkan simptom2 yg memerlukan pesakit tu terus mendapatkan rawatan kat hospital :

Anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital kerajaan dan swasta (sila rujuk website H1N1 KKM) jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

Disebabkan H1N1 nyer simptom melibatkan sistem pernafasan, ramai pesakit yang konpius dengan simptom2 nie..tambah plak ngan jerebu skrg, ramai mengadu mengalamai simptom yang sama.oleh yang demikian, dinasihatkan memakai topeng muka semasa di luar kawasn rumah, kerap minum air dan sila jaga kesihatan. Leh jugak amalkan untuk makan madu untuk kuatkan sistem pertahanan badan..

Rasenyer ramai dh dengar pasal ubat Tamiflu,kan?..ubat nie digunakan dalam rawatan kepada pesakit2 H1N1. waktu mula2 dulu,mmg pihak KKM x keluarkan sebarng maklumat mengenai ubat nie..pada pendapat peribadi, langkah nie terpaksa dibuat untuk mengelakkan pihak public jadi takut n mula cari ubat nie.mmg la salah untuk menyimpan maklumat..tp bagi diri aku, ia terpaksa dilakukan sebab H1N1 nie disebabkan oleh virus dan sudah menjadi sifat semulajadi virus untuk bermutasi. Biler seorang yang mmg xde H1N1 makan ubat nie, ader kemungkinan untuk virus ini bertindak untuk menjadi resistant terhadap ubat Tamiflu nie yang merupakan satu2nya ubat yang available bg rawatan H1N1..nie just pendapat peribadi je..jgn salah faham ye..

kepada rakan2 yang mempunyai ahli keluarga atau saudara mara yang :

* Children younger than 5 years old
* Persons aged 65 years and older
* Children and adolescents (< 18 years) on long term aspirin therapy
* Pregnant women
* Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus
* Adults and children who have immunosuppression
* Residents of nursing homes and other chronic care facilities

sila beri fokus kepada mereka ini sebab diorang lebih cenderung untuk dijangkiti H1N1...

sekian, terima kasih...

Petikan daripada website H1N1 Kementerian Keishatan Malaysia :

Orang ramai diminta mengambil tindakan yang tepat!

1. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1)

• Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
• Warga tua berusia 65 tahun ke atas
• Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
• Wanita hamil
• Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetes.
• Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser, dan HIV)
• Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
• Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Mereka ini akan diberikan rawatan anti-viral tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

2. Orang ramai yang tidak tergolong dalam kumpulan ini tetapi mempunyai simptom yang ringan diminta supaya tidak berasa cemas. Kebanyakan orang akan sembuh sepenuhnya dengan mengambil langkah-langkah berikut :

* Makan ubat demam mengikut sukatan yang disyorkan
* Banyak minum air
* Pastikan pengudaraan yang baik di rumah
* Amalkan cara hidup yang sihat termasuk tidak merokok, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

3. Bagi mereka yang berisiko tinggi dan juga bersimptom ringan, dinasihatkan untuk berada di rumah dan kurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga. Mereka perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam, mereka mesti memakai penutup mulut dan hidung ( mask ) jenis ‘three ply’. Amalan-amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

4. Semasa berehat di rumah beri perhatian kepada tanda-tanda amaran kecemasan

• Masalah pernafasan: sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/lebam
• Batuk berdarah atau kahak berdarah
• Sakit dada berterusan
• Cirit-birit atau muntah yang kerap
• Demam berterusan melebihi 3 hari atau pun demam berulang selepas tiga hari pulih
• Berkelakuan luar biasa (tidak normal), keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
• Rasa pening apabila berdiri

Dapatkan rawatan HANYA apabila anda mengalami tanda-tanda tersebut.

5. Hanya kes-kes yang dimasukkan ke hospital dengan gejale-gejala serius seperti masalah pernafasan batuk berkahak, dada berterusan dan lain-lain akan disaring untuk influenza A(H1N1).


Mungkin jadi cam ni kut kalau tak dikawal. Tapi ni sekadar hiasan jer.

73...cerio.

Monday, July 27, 2009

Seronok Ka Main Radio



Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur bermula dengan perkhidmatan radio komersil.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau menggunakan isyarat radio yang dipancarkan ke bulan dan dipantulkan semula ke bumi kepada lokasi yang telah anda tuju. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar melalui isyarat radio. Banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan dengan hobi radio amatur, bukan sekadar apa yang dinyatakan malah ia berkembang mengikut kemajuan semasa.

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada jangka masa, lokasi atau jumlah pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini bersama.

Berapa yang harus saya perlukan untuk menyertai hobi ini?

Sebuah radio bimbit yang baru lebih kurang harganya dengan TV janama biasa yang bersaiz 19 inci. Manakala radio yang lebih besar dan mempunyai lebih fungsinya kurang dari harga sebuah kumputer meja.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau "Ham Radio", anda boleh membuat satu unit "Radio" anda sendiri.

Dimana dan siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Jika anda ada masa cuba merisik kalau ada Kelab Radio Amatur yang berdekatan dengan kediaman anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai Laman Web mereka sendiri seperti MARES, ASTRA, PERAMAH, NESRAC, PEMANCAR dan MARTS yang mengandungi banyak maklumat aktiviti semasa.

Apa yang perlu untuk saya menjadi seorang Radio Amatur?


Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9W6 dan 9w8 untuk Sabah serta Sarawak.

Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan Sijil Perakuan Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan 9M6 dan 9M8 untuk Sabah serta Sarawak.

Pihak berkuasa manakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan tersebut?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan. Layari laman MCMC untuk alamat yang berdekatan dengan anda di Lokasi MCMC

Tuesday, June 23, 2009

Selamat Menduduki R.A.E 2009_1

Kampongku 250 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan R.A.E sessi 2009_1 kepada semua calon SWAL negeri Perak khususnya dan semua calon Zon Utara amnya. Semoga berjaya mendapat lampu hijau dan seterusnya menjadi pemegang AA yang berdisiplin dan bermaruah.

Cerio...73. See U all there

Thursday, June 4, 2009

Konvoi ke Selatan 2 hari lagi.

Deme dah siap buat persiapan....jadi rakan rakan yang terlibat dengan konvoi ke Selatan pastikan membuat persiapan dari segala segi terutama sekali kenderaan, pastikan berada di dalam keadaan yang sempurna..Juga radio untuk komunikasi, buat persedia awal. Seting mana yang patut, tak mahu nanti masa konvoi kita tertanya tanya apa frekuasi yang diguna pakai oleh rakan rakan yang menyambut kedatangan kita.

Jadual perjalanan kita dari Melaka hingga ke Batu Pahat dan balik semula ke Melaka boleh dirujuk disini http://9m4rsg.blogspot.com/2009/06/jadual-perjalanan-konvoi-rkn2-utara.html
Jumpa disana Insyallah

Wednesday, May 6, 2009

9W2ATD admit to Colombia Asia


Rakan kita masuk wad ari ni kat Colombia Asia tingkat 01 bilik 85, kalau ada kesempatan pi jengok jengok bagi semangat sebab esok beliau akan menjalani pembedahan kecil.

Tuesday, May 5, 2009

Senarai Rakan Taiping Yang Mengikuti Konvoi.

Comfirm...sebelah kaki dah masuk program ni...

1. 9W2DMG
2. 9W2JTJ
3. 9W2MZS
4. 9W2OCC
5. 9W2ONK
6. 9W2VZO

Siapa lagi yang berminat jom daftar nama pada 9w2HLM ataupun pada 9W2DMG.

Konvoi dan Lawatan Muhibbah Utara ke Selatan

Satu ekspedisi konvoi lawatan muhibbah ASTRA akan diadakan pada tarikh 6,7 dan 8 Jun 2009 ini. Ekspedisi konvoi yang terdiri daripada berpuluh-puluh 'jalopy' rakan-rakan radio amatur ini akan menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Plaza Tol Bandar Baru, Perak sehingga ke Kuala Lumpur. Konvoi ini akan menuju ke Melaka,Segamat, Batu Pahat dan Muar.

Tujuan ekspedisi ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan radio amatur di seluruh Malaysia. Konvoi ini akan diiringi oleh rakan setugas daripada PDRM


Pergerakan konvoi adalah seperti berikut:

6.6.2009
Bergerak dari Plaza Tol Bandar Baru menuju ke Kuala Lumpur.
Bergabung dengan Rakan Radio Amatur Pantai Timur. (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Tiba di Bangunan Koperasi Radio Amatur (K-Ramat), Bandar Bukit Puchong. (eyeball)

Konvoi bergerak ke Seremban melalui Jalan Persekutuan menuju ke Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.(eyeball)

Meneruskan perjalanan ke Melaka dan menginap di Melaka. Majlis makan malam bersama rakan radio amatur Melaka. (eyeball)

7.6.2009
Bergerak Segamat, Johor (eyeball)
Bergerak ke Batu Pahat, Johor. Makan Tengahari. (eyeball)
Menuju ke Muar, Johor melalui Jalan Persekutuan.

Pulang semula ke tempat penginapan, Melaka.

8.6.2009
Bergerak pulang ke Utara.

Amateurian yang berminat boleh menghubungi terus dengan Pengarah Ekspedisi Konvoi, 9W2HLM dan Ketua Ekspedisi Konvoi Utara Selatan 9W2DMG.

p/s : Adalah menjadi satu kesalahan kepada marshall yang menahan kenderaan di lampu isyarat atau disimpang2 jalan,kerana kuasa ini hanya ada pada polis dan tidak diturunkan kepada sesiapa atau awam, kecuali polis aja dan permit dari polis..kalau korang terjumpa benda2 ni, boleh ambil nombor plet, dan laporkan ke polis trafik bukit aman.so kalau ada marshall yang konon nak tunjuk terror dan tahan kat lampu merah kerana memberi laluan kepada group, sekiranya dilanggar, maka anda akan mati serupa katak....so beringatlah dan patuhi peraturan jalan raya..kita berkonvoi untuk bergembira bukan nak menunjuk . Berbaloi ker kerana tak boleh tunggu 2 minit atau selebihnya.... :yess:

Sunday, March 29, 2009

RAE - 2009/01

Dulu masa belum ada Wiskey, rasa lama sangat menunggu tapi sekarang dalam sedar tak sedar dah pun keluar pengumuman untuk rakan rakan SWAL memohon untuk menduduki peperiksaan RAE. Jadi apa tunggu lagi, jadikan impin menjadi kenyataan mula mengulangkaji dan risik risik lah dengan rakan lama ilmu ilmu dan kelas yang akan dianjurkan oleh pihak tertentu. Insyalah akan akan berjaya.

Tapi jangan lupa isi borang dulu...rujuk link dibawah untuk borang dan notis peperiksaan.

27MAR08 – Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)
27 March 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) throughout Malaysia on 24 June 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-1)

Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) Application Form


Semoga berjaya.

Tahniah Rakan Rakan

Tahniah buat 9W2DMG, 9W2BPT dan 9W2XPT rakan lokalan Taiping yang terpilih menjadi AJK ASTRA bagi sessi 2009/2010. Semoga anda berkhidmat dengan ikhlas dan membawa kemajuan kepada Persatuan. Juga tahniah juga pada Presiden dan Barisan baru semoga ASTRA akan bertambah maju dan disegani di Semenanjung.