Friday, February 26, 2010

Sambutan Maulidur Rasul di Taiping

Tahun ini sambutan peringkat negeri Perak diadakan di Taiping Bandar Warisan.

Kepada yang berkelapangan boleh lah berkunjung ke acara dan aktiviti yang berpusat di Dataran Kedamaian Taman Tasik dan Padang Majlis Perbandaran Taiping bermula 24-28 hb Februari ini.

Semoga dapat kita menghidupkan sunah-sunah Nabi dalam kehidupan kita seharian.


Tuesday, February 9, 2010

Penantian Sudah Berakhir

Cuma nak tahu
Merah ka Biru

Hanya calon yang leh tahu
sebab rakan tak tahu no IC...

Pada yang lulus Tahniah,
Pada yang Gagal...cuba lagi...
masih sempat untuk Xpress RAE...

Semak keputusan anda di sini ... KLIK
pastu akan terpapar
window cam bawah ni


Bismillah sebelum tekan butang hantar
Semoga suksess..

73...

ps : 2 calon dari taiping dah tahu pass, ada lagi yang belum tengok.

Tahniah....

Rakan Ham Kampongku 250 Taiping merakamkan ucapan TAHNIAH atas kelahiran cahayamata baru kepada:

1.9W2MYR - Bro Amin (SU Kehormat ASTRA)
2.9W2ZPT - Abg Mahizam (Pengakap Taiping)

Moga-moga bertambah rezeki dan sentiasa diberkatiNya..

Saturday, January 30, 2010

Karnival Gegar Ria Metro di Taman Tasik

Bagi mereka yang tiada ke mana-mana pada hujung minggu dan mempunyai rancangan untuk bersiar-siar di sekitar Taiping sahaja boleh la menjenguk ke tapak Karnival Gegar Ria Metro di sini yang bermula 8.30 pagi hingga 11 malam pada 30 dan 31 Januari 2010 ini
Rasanya banyak aktiviti dan jualan yang sesuai untuk seisi keluarga terutama di kios Metro sendiri . Dan mereka yang rindu akan A&W anda juga boleh dapatkan burger dan air nya yang terkenal. Anda juga boleh merasa masuk ke rumah misteri atau menonton futsal dan bola jaring.
Kalau tidak kisah dengan kesesakan pada waktu malam boleh pula menjenguk konsert percuma.

Pemandangan booth dari tepi tasik
yang dipenuhi pokok teratai

Galeri Misteri a.k.a rumah hantu

Antara kios dan gerai jualan di sini

Dapat free air dan makanan ringan.. tapi saiz kecil lar

Pertandingan Teh Tarik

Barisan pelakon Filem Madu yang akan ditayangkan pada Julai nanti ditemu ramah juruacara

sekian laporan dari Xray (pemberita merangkap tukang ambik gambar)


Friday, January 22, 2010

Peperiksaan Radio Amatur Dan Ujian Morse Siri Pertama Tahun 2010


21JAN01 – Notification: First Series of the Radio Amateur Examination and Morse Code Test for 2010

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be holding the first series of Radio Amateur Examination (RAE) and the Morse Code Test (CW) for the year 2009.

The Morse Code Test (CW) will be held at 10.00 a.m. on 17 March 2010 at the SKMM HQ in Cyberjaya. Applications close at 5.00 p.m. on 5 February 2010.

The Radio Amateur Examination (RAE) will be held at 2.00 p.m. on 14 April 2010 at locations in the Northern and Central Regions of Peninsular Malaysia. Applications close at 5.00 p.m. on 12 February 2010.

For further details on venue and payment please click below:

Notification: First Series of the Radio Amateur Examination and Morse Code Test for 2010
Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur dan Ujian Kod Morse Siri Pertama Tahun 2010
CW Application Form/Borang CW
RAE Application Form/Borang RAE


Saturday, January 16, 2010

The Many Firsts of Taiping in Tanah Melayu

Public Office:
Taiping Hospital (1880),District Office (1883),Taiping Goal (1879),Perak Museum(1883),Public Library(1882),Central Market(1884),Perak Armed Police(1873),Taiping Police Station(1881)

Education:
Kamunting English School(1878),Taiping Teachers College(1898),King Edward VII school(1883),Treacher Methodist School(1889)

Transport & Communication:
Post and Telegraph Office(1884),train station(1885)

and many more.......so..Taiping Bandar Warisan

(more informations, read:Old Taiping by Alex Teoh E.K / Taiping Ibukota Perak and Taiping-The Vibrant Years by Khoo Kay Kim)

Antara Kekawan Kampong ini...

dan ada ramai lagiiii..............

Sunday, January 10, 2010

Homebrew 5/8 Astra

Sekadar rujukan pada kaki kaki DIY...Antenna ni memang terkenal pada Ham kawasan Utara. Prestasinya juga cukup memuaskan. Kos yang agak rendah berbanding dengan antenna komersal cuma memerlukan sedikit masa dan kepakaran, Selamat mencuba.


Ada sesetengah rakan panggil antenna ni
Kaki Biawak.


73.

Antara Program...

1.Konvoi Astra Ke Trengganu dan Pahang
Tarikh:13-15 Februari 2010 (Sabtu-Isnin)
Berminat sila hubungi:9w2HLM abg Halim 0194123052

2.Program Kpgku250 Bersama Avalance 4x4 Com.Radio Club Kelantan
Tarikh:14-15 Februari 2010 (Ahad-Isnin)
Lokasi:Bandar Taiping & Selama

3.Jemputan Kpd Semua Rakan2 Ham Kpgku250
ke Majlis Perkhawinan Adik 9w2KSS

Tarikh:15 Februari 2010 (Isnin)
Lokasi:Kampung Sumpitan Lenggong

Wednesday, January 6, 2010

Berita....

Seluruh rakan HAM kampongku250 merakamkan ucapan TAKZIAH kepada 9w2SMR (Mohd Roslan SMK.Tmn.Tasik Tpg) dan keluarga atas kembalinya ke Rahmahtullah Ibu Mertua beliau pada tengahari tadi 6 Januari 2010.Jenazah kini berada di No.20 Parit Abu Samah Kuala Kurau dan akan dikebumikan pada 7 Januari jam 10.00pg di Kuala Kurau.

Moga-moga rohnya diberkati dan dirahmatiNya.Amin.
Al-Fatihah buat aruah Ibu Mertua 9w2SMR.

Eyeball Kampongku250...2010

Eyeball @ pertemuan rakan-rakan 250 secara besar-besaran telah lama tidak diadakan.
Mungkin kekangan masa dan tugas rakan-rakan.
Namun pertemuan kecil-kecilan kerapkali diadakan.
Justeru itu,ada satu cadangan untuk mega eyeball rakan-rakan HAM 250 iaitu pada;

Tarikh:30 Januari 2010
Masa dan tempat dalam perancangan.

Apa-apapun sebarang cadangan amatlah dialu-alukan.

Yang jauh dirapatkan,Yang Sehobi ini dapat berkenal mesra....

Sila hubungi:
9w2bpt/9w2vzo/9w2xpt